Berlari Ke Langit Caucasus – Day 8 (Zugdidi – Mestia – Ushguli – Mestia – Part 1)

Day 8 – 4 Jun 2017

Van atau marshrutkas memang dah bersedia menanti tepi station keretapi zugdidi. Van akan jalan selepas full. Kami yang terakhir naik van, maka dapat lah aku tempat duduk kat tengah-tengah. Mr Pappi cadangnya nak duduk kat sebelah driver, tapi autie dari China ni dah melompat masuk. Tak nak berhimpit satu row sampai 4 orang, Mr Pappi mintak nak duduk dekat seat belakang sekali tempat letak beg. Walaupun takde kerusi, tapi dia lagi selesa baring sambil ngadap langit daripada berhimpit-himpit dekat depan ni selama 3 jam.

Sebelah kiri aku Jon dari UK & sebelah kanan aku awek dari china. Kejam tak si Jon tu aku ambik tau plak nama dia, tapi awek dari China ni haram aku tak berkenal mesra pun. Hahaha…..sila kecam. Sebenarnya, aku bukanlah suka beramah mesra dengan semua orang. Kebanyakkannya yang aku kenal ni semua nya Mr Pappi yang mulakan perbualan. Aku lebih suka memerhati daripada bukak mulut. Kalau agak-agak derang tu tak paham apa yang Mr Pappi cuba sampaikan baru la aku menyampuk explain dekat derang apa hala tuju soklan Mr Pappi tu. Maklum la soklan Mr Pappi tu kadang-kadang terlampau internasional sangat bahasa dia.

mestia van

Van bergerak meninggalkan Zugdidi yang pekan nya ala-ala pekan Parit, Perak. (Yong orang perak kome….ate Tronoh, Parit, Bota tu tempat berak kencing Yong je dulu-dulu.) Masih lagi terlalu awal pagi, banyak lagi kedai-kedai yang belum bukak. Anjing, ayam, lembu dan tidak lupa juga Mr Khinzir berkeliaran di hadapan rumah mencari makanan masing-masing. Harmoni nya depa hidup bersama-sama. Iye…. pandangan biasa je kat sini bila Mr Khinzir berkeliaran keluar masuk halaman rumah. Sebaik sahaja keluar dari pekan Zugdidi, jalan kiri kanan berubah memasuki kawasan bukit-bukit. Maka bermulalah jalan sempit, tepi bukit & gaung sejengkei je dari tayar van. Pendek kata kalau salah langkah boleh terjun dalam gaung.

Saki baki rasa mengantuk hasil daripada tidur dalam train malam tadi masih ada. Kadang-kadang aku terlelap melayan jalan berbukit ni. Bila van membelok ke kanan sesekali kepala aku terlentok ke bahu Jon. Hahahaha…..sila kecam lagi, tah kenapa tak mau pulak kepala aku terlentok ke awek China ni. Lebih cenderung ke arah Jon. Jon pada aku seorang lelaki yang budiman. Tak berganjak bahu nye kalau-kalau aku terlentok kat dia. Tah berapa kali tah aku cakap sorry dekat Jon, mau nya tak kesian, korang rasa agaknya berapa kilo lah kan kepala aku ni terpaksa di tanggung oleh Jon. Kadang-kadang tu aku terjaga sebab awek China sebelah aku ni bersembang dengan autie dia yang duduk dekat driver tu. Bayangkan kami ni di row ke 3 dari depan, boleh pulak dia lawan nyembang dengan auntie dia kat depan tu. Jadi satu van boleh dengar apa yang dicarutkan dengan makcik dia tu.

Permandangan kiri dan kanan makin lama makin ohsem dan suhu makin lama makin sejuk. Mata aku tertaut pada betis Jon yang putih melepak tu dengan bulu-bulu roma perang dia. Eh jangan pikir bukan-bukan. Sebenarnya aku terpikir agaknya kulit Jon ni kulit biawak kot, tebal sungguh. Tak sejuk ke dia berseluar pendek pagi-pagi buta sephie ni. Jon toleh tengok aku…. mungkin dia perasan aku usha betis dia, dia memandang aku sambil tersenyum. Aku reply senyum sumbing menahan merah muka rasa macam nak terjun je ke luar van ikut celah tingkap. (Macam muat)

Depan aku ni ada 3 orang awek Estonia yang kepala depa sikit lagi nak cecah ceiling van ni. Punya la tinggi angpa semua no. Segak-segak & putih melepak semuanya. Aku rasa aku sorang je yang kulit tanned & berwajah eksotik macma nabila huda. Depa kata mat salleh suka muka eksotik macam aku. Hahahaha……apa kejadahnya aku merepek ni woiiii. Kejap lagi kena starlite kat dahi dengan Mr Pappi. Tiba-tiba salah sorang awek Estonia ni menjerit “STOP…STOP” kata nya kat pakcik driver tadi. Makcik China tadi yang sakan menyembang dengan anak sedara dia sebelah aku tu pun terdiam terkedu. Agaknya dia ingat awek Estonia ni marah dia kot.

Pakcik driver tadi berhentikan van. Awek Estonia tadi terus melompat keluar dari van berlari-lari ke tepi bukit sambil memuntahkan isi perut. Maka bertaburan lah makanan yang dia makan malam tadi di tepi jalan ni. Kawan-kawan dia keluar urut-urut belakang dia sambil bagi kata-kata semangat agaknya. Kesian Kadri tak mampu dah menahan isi perut bila van ni layan lap……haah….kadri namanya. Aku tau pun sebab lepas tu Mr Pappi interview depa & volunteer tolong jadi photgrapher derang masa van berhenti tepi jalan untuk kami ambik gambar.

Sepanjang perjalanan ke Mestia, van akan berhenti 3 kali. Sekali berhenti di kedai makan untuk kami breakfast. Memandangkan kami berpuasa, maka kami hanya meninjau-ninjau je kawasan kedai & guna toilet. Selepas tu van berhenti lagi di kawasan yang mempunyai view yang cantik untuk kami ambik gambar. Masa ni lah Mr Pappi beramah mesra dengan semua orang. Habis di interview nya Jon & kawan-kawan Kadri. Kadri pulak pernah belajar di Kuala Lumpur dekat UniKL. Apa lagi macam-macam cerita lah keluar dari roti canai sampai le ke nasi lemak. Eh bebal lama lupa plak nak letak gambar.

 

jon 3

Ni lah Jon. Macam muka arron crascall pun ada. Tapi karektor tak macam arron. Jon sangat humble & cool. Haaaa angpa tengok betis Jon erkkk

kadri 3

Kadri & the geng. Dah sihat sikit masa ni lepas muntah tadi

rose mestia

Nak jugak letak gambaq tak mandi

Kerana nampak terkial-kial sangat derang nak ambik gambar sesama derang,  maka Mr Pappi pun offer jadi official photographer dalam group ni. Mula-mula dia tolong ambik gambar Jon, lepas tu melayan Kadri, lepas tu tak lupa juga tolong ambik gambar makcik dari China & anak menakan dia tu. Last sekali Jon offer nak tolong ambikkan gambar kami berdua. Nak jugak fefeling hero & heroin hindustan kan. Nak kena letak jugak ke gambar kita orang berdua? Ok laaaa….i olls letakkkk

us mestia 3

Sebenarnya kampung-kampung yang kami lalui sepanjang ke Mestia ada jugak yang cantik-cantik. Bagi yang rasa tak sanggup nak lalui jalan berpusing-pusing macam lipas kudung ni selama 3 jam, boleh lah menetap di salah satu kampung yang ada ni. Permandangan nya juga tak kurang cantik nya jugak dari Mestia.


mestia 2

Salah satu spot yang menarik sepanjang jalan ke Mestia. Dekat sini kami sempat kutip buah berry yang dah masak ranum di celah-celah belukar. Tapi tak makan la sebab puasa. Kutip-kutip & simpan dulu 

3 jam perjalanan sebenarnya tak terasa sebab van kami berhenti-henti untuk kami ambik gambar. Cuma bontot tu ada rasa kematu jugak la sebab dari malam tadi tidor atas tilam keras. Van akhirnya memasuki kawasan pekan kecil yang berlatarbelakangkan gunung bersalji. Cantik sangat! Dah sampai Mestia rupanya. Semua turun dari van kecuali kami sebab kata pemandu van ni dia akan hantarkan kami ke Manoni Guest house terus. Cantikkkk…..sebenarnya masa aku booked Manoni Guest House dari Air bnb aritu, host ada cakap mintak driver hantar kan kami terus ke Guest house. Jadi tak perlu le menapak jalan kaki dengan beg 25kg ni. Jauh juga kalau menapak dari pekan Mestia ni ke Guest house ni, kena seberang jambatan besi dengan keadaan jalan yang berlopak. Kembang kuncup idung i olls bila orang lain kena cari kat mana hostel masing-masing, tapi kami dihantar terus sampai depan pintu. Dasar pemalas nak jalan.

mestia 1

Perkampungan di Mestia. Tipikal svaneti architectural yang mempunya rekabentuk swan tower pada setiap rumah mereka

Sampai di guest house kami disambut mesra oleh Manoni & keluarganya. Guest House ni mempunya hostel, private room & kawasan untuk berkhemah. Aku asalnya booked private room yang berkongsi dapur dengan orang lain, tapi memandangkan bilik tu berada di bangunan yang lain, dia upgrade bilik kami dengan cas yang sama tapi berada dalam bangunan yang sama dengan rumah & dapur tempat dia menyediakan maknan untuk tetamu dia. Kami boleh guna dapur dan bahan-bahan asas memasak dengan percuma. Air teh / kopi juga diberi percuma. Order saja, staff dia akan sediakan. Manoni juga ada menyediakan breakfast & dinner secara buffet sekiranya kita nak dengan harga yang berpatutan. Kami try dinner untuk berbuka puasa dengan harga 15 lari seorang. Sedap gile wey walaupun semuanya vegetarian, tapi rasa dia lebih sedap dari ko makan daging masak sendiri. (Masak sendiri memang tak sedap) Kalau hari-hari menu macam ni aku rasa setahun pun boleh jadi vegetarian.

bnb 4

Salah eja daaa….tapi belasah la janji orang paham

DSC_0359

Tingkat atas sekali bilik tidur, tingkat satu cafe & tempat bersantai. Sebelah ujung kanan tu hostel & kawasan lapang untuk berkhemah

bnb 10

bnb 20

Kawasan Perkhemahan berlatarbelakangkan gunung. Anjing- anjing kat sini semuanya mesra alam

bnb 8

Bangunan belakang tu adalah hostel. Depa 3 orang ni nak balik ke Tbilisi dah tapi nak hitch hike ke Tbilisi. Tak tau la berapa jam sampai ke Tbilisi tu

bnb 13

Salah satu private room yang ada. Private room kami dah macam kapal hanyut. Jadi kita ambik gambaq bilik lain. Disebabkan Manoni panggil Mr Pappi Professional photog sebab bawak SLR, maka dia suruh Mr Pappi ambik gambaq semua bilik kat guest house dia untuk letak dalam web site dia. Sebagai upah….makan buffet free. Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan.

bnb 7

Vegetarian buffet. Ajabsandali (betul ka aku eja) tu sedap gile. Terung, bendi, tomato & herbs di lenyek-lenyek makan cicah dengan roti. Kuih macam akok tu makan dengan homemade jem. Pergh….sedap wey

bnb 2

Manoni’s Cafe

DSC_0316

Manoni kanan sekali, tengah tu anak dia & kiri sekali penolong manoni untuk masak semua jenis lauk pauk tadi

Sebenarnya sampai je kat guest house kami sempat tukar baju & bersiap ala kadar je sebab Manoni dah booked kan van untuk kami ke Ushguli. Ada 4 orang guests dia nak ke Ushguli, jadi boleh la kami berkongsi van. Maka dengan tak mandi nye lagi, kami join group ni untuk ke Ushguli yang mana memakan masa 3 jam lagi perjalanan. Letih memang letih, tapi aku excited nak ke Ushguli. Kali ni perjalanan ke Ushguli lagi hazab 2 kali ganda dari Zugdidi ke Mestia. Jalan tar sekerat jalan je. Sejam pertama je jalan tar, 2 jam lepas tu jalan crusher run & tanah merah berlopak-lopak. Kepala aku dah beberapa kali terhantuk dekat cermin tingkap van bila aku terlelap. Kali ni Jon takde, jadi tiada lah tempat untuk menumpang kasih dibahu mu. Mr Pappi?? Memang perangai dia tak pernah nak duduk dekat bini, baik dalam flight, train mahupun van. Dia lebih suka layan view tepi tingkat sambil memetik camera dia. Kalau camera dengan bini dia tergolek aku rasa dia sambut camera dulu. Besaq sangat pon bini dia mana mampu nak sambut. Ok kita sambung cite part 2 masa kat Ushguli. Moga-moga aku tak pemalas nak menyambung cite seterusnya dan mohon azan ditelinga aku kalau dekat sebulan aku tak update apa-apa cerita.

beauty of ushguli 14

Belanja satu dulu gambaq Ushguli

 

 

 

 

2 thoughts on “Berlari Ke Langit Caucasus – Day 8 (Zugdidi – Mestia – Ushguli – Mestia – Part 1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s