Berlari Ke Langit Caucasus – Day 8 (Zugdidi – Mestia – Ushguli – Mestia – Part 2)

Day 8 – 4 June 2017

Letih bermalam dalam train malam tadi tak habis lagi rupanya. Bayangkan walaupun jalan ke Ushguli beronak liku, takde tar, jalan crusher run & tanah merah je, tapi aku mampu terlelap. Terjaga bila kepala aku terhantuk ke tingkap. 2 orang pelancong Slovenia yang duduk belakang aku ni rupanya sangkutkan scaft derang kat railing tingkap aku, supaya kepala aku tak terhantuk kuat. Patut pon aku rasa macam layan je tido tadi tiba-tiba rasa eh napa tak sakit pulak bila van ni membelok ataupun melanggar lubang.

Sampai pertengahan jalan, van pun semput jugak, driver berhenti sekejap suruh kami ambik gambar. Aku tak keluar van sebab nak simpan tenaga bila sampai Ushguli nanti. Puasa, panas, jalan berlubang-lubang buatkan aku lebih rela melayan mata. Konon nya bila sampai Ushguli baru la all out. Couple depan aku ni nak trekking ke glacier. Best nye, kalau lah aku larat memang aku pun nak join. Tak pa lah, esok derang nak balik, aku masih ada satu hari lagi esok nak menjejak glacier kat Mestia.

Selepas hampir 3 jam, sampai jugak kami kat Ushguli. Tempat wishlist & highlight of this trip. Ushguli ni antara  tempat yang tersenarai di dalam Unesco World Heritage dan salah satu highest inhabited settlement in Europe. Pada musim winter kawasan jalan darat di tutop sebab salji tebal & kemudahan public transport adalah terhad. Mai time summer pun macam nak terkeluaq isi perut, lenguh badan-badan. Takpa malam kang kita suruh abam remy sahak picit.

Kiranya kami bernasib baik sebab driver van ni masuk sampai ke hujung kampung. Kalau van lain, depa berhenti kat depan masuk kampung je, maka menapak la angpa sampai hujung naik bukit. Sampai kat hujung kampung ni couple tadi mula trekking (huaaa mampu sapu air mata je la tengok). 2 orang Slovenia tadi rupanya memang suka posing. Segala jenis posing lompatan depa buat. Aku nak lompat boleh, tapi sat lagi gegaq satu kampung.

emma 2

Nah gambaq lompat tapi ni si Emma bukan cheq no. Amazing la kalau cheq boleh lompat lagu tu

emma 4

Depa & Johnny (semua anjing aku panggil Johnny) Anjing – anjing kat Georgia ni memang jinak-jinak

rose ushguli 5

Eh Cheq pon nak jugak posing kat sini berlatarbelakang kan snow cap

Sebelum angpa nak ke sini nak warning siap-siap la yek, view kat sini memang macam Switzerland malah boleh dikatakan lagi cantik daripada Swiss, tapi Ushguli ni masih lagi ketinggalan ke belakang daripada Malaysia dari segi kemudahan. Jalan raya mostly jalan kampung yang takde tar, penduduk menggunakan kayu api sebagai bahan api & menggunakan haiwan lembu & kerbau untuk berkebun. Maka bersepah-sepah le bahan kumbahan lembu di merata-rata jalan dan rumah. Jadi kalau yang jenis diva la vida tu sangat lah tak sesuai ke mari. Bau taik lembu tu macam peneman setia hidung aku ni sepanjang berjalan kaki di kampung ni. Cheq kecik-kecik dulu biasa dah cium taik lembu, maklumlah duduk area orang india yang bela lembu. Nak p ngaji je lalu tepi kandang lembu, dah la uniform ngaji kain dia color merah, asal nampak lembu je cheq lari. Pasai tu la kecik-kecik dulu kurus & wakil olahraga kat sekolah. Sampai la kaki cheq kurus. (Kaki je laaaa yang kurus pun)

beauty of ushguli 12

Lembu depa kuruih-kuruih

rose ushguli 8

Belakang tu kandang lembu yang kebanyakkannya terletak bersebelahan dengan rumah

rose ushguli 7

Selain view snow cap, Ushguli jugak mempunyai bukit yang menghijau

Sumber pendapatan utama penduduk di sini adalah bertani & perlancongan. Mana-mana yang ada duit sikit tu depa beli kuda & menawarkan perkhidmatan berkuda kepada pelancong. Mengikut hasil sembang bahasa ayam itik Mr Pappi dengan remaja kat kampung ni, kalau datang musim menuai, boleh la menuai ganja. Hahaha……Ganja memang hidup bersenang lenang di kawasan ni.

Kalau diperhatikan mula-mula masuk ke Svaneti ni setiap rumah mesti ada struktur menara dibina bersama-sama dengan rumah utama. Menara ni dipanggil Svan Tower. Pada zaman dahulu sekiranya berlalu peperangan, semua ahli keluarga akan berlindung di dalam tower ni. Jadi tu sebabnya setiap rumah ada tower masing-masing. Sekarang ni menara tu tak digunakan lagi, hanya teguh berdiri sebagai structure yang menanti rebah sebab kebanyakkan lantai kayu dah reput. Mr Pappi sempat naik salah satu menara tu sampai ke atas puncak. Aku mampu tengok je la. Dia takde proper staircase, hanya ada satu tangga kayu yang bergoyang-goyang bila kena tiup angin.

rose ushguli 6

Bukaan pada svan tower ni hanya terletak dibahagian atas sahaja untuk dijadikan menara peninjau kalau-kalau musuh datang

toy ushguli

Untong la abam remy sahak bleh posing kat atas svan tower berlatarbelakang kan snow cap

beauty of ushguli 11

Perkampungan Ushguli daripada bukaan Svan Tower. Struktur binaan adalah daripada batu & lantai pulak ada yang reput sebab menggunakan kayu

beauty of ushguli 4

Sekitar kawasan kampung

beauty of ushguli 10

Gambar yang Mr Pappi ambil dari atas Svan Tower. Haluihnya cheq

beauty of ushguli 7

Berbaloi rasanya ke mari bila disajikan dengan view yang macam ni

beauty of ushguli 8

Nah gambo faizal tahir satu. hahahaha

Kalau mengikut tips yang Alisa bagi, ada satu kedai kopi kat sini yang kopi dia sedap gile. Untong laaaa mai time bukan bulan posa boleh la menghirup kopi sambil layan view cantik macam ni. Nasib baik jugak jalan dari hujung kampung ke hadapan kampung ni menurun bukit. Takde le terasa sengsara sangat, tapi angin memang kuat. Rasa melayang-layang badan dah la tak makan, sesekali haruman taik lembu menusuk-nusuk ke hidung di bawa angin. Sementara tu  Mr Pappi masih lagi enjoy menikmati permandangan sorang-sorang kat atas tower tu. Cheq kat bawah pintal-pintal rumput je. Emma & rakan dah ada menanti dekat pintu hadapan kampung. 2 orang yang trekking tadi masih belum sampai. Pemandu van tadi bagi kami masa 2 jam untuk bersiar-siar. Bagi yang nak hiking atau pun trekking digalakkan bermalam di sini.

beauty of ushguli 9

beauty of ushguli 3

Salah seorang penduduk kampung yang berehat depan rumah. Hari-hari mengadap view yang tak ternilai harga nya.

rose ushguli 10

Disini lah tempat van-van berkumpul. Nak menapak ke dalam tu boleh cair lemak

Setalah hampir 2 jam setengah, couple yang trekking tadi akhirnya sampai. Ni kalau tak sampai jugak angpa balik la jalan kaki ke Mestia. Kami bertolak ke Mestia & sekali lagi aku kena hadap perjalanan 3 jam yang beronak duri ni. Bayaran van return dari guest house kami ke Ushguli ni adalah 35 lari seorang. Bayaran ni bergantung kepada driver van, kalau angpa pandai nego boleh la dapat murah lagi. Dalam van ni pelancong adalah seramai 6 orang termasuk kami. Kalau lagi ramai, lagi lah murah kot. Tapi memandangkan van ni hantar kami sampai ke depan pintu rumah, aku bayar je la sebab malas nak menapak ke pusat khidmat pelanggan Mestia tu. Dekat pusat tu angpa boleh tanya apa saja berkaitan dengan pengangkutan ke mana-mana tempat termasuk ke Tbilisi.

beuty of ushguli 15

View jalan pulang ke Mestia. Bye Johnny

beauty of ushguli 2

DSC_0211

View Ushguli dari Svan Tower

Sampai di Mestia, host tanya samaada nak ambik dinner atau tak malam ni. Memandangkan Mr Pappi not adventerous enough to try new food, aku sorang je ambik buffet dinner malam ni. Kos buffet dinner adalah 15 lari seorang. Aku mintak host sediakan menu vegeterian. Aku mintak guna dapur nak masak nasi untuk Mr Pappi. Lauk Mr Pappi adalah serunding & sambal itam. Oleh kerana host dah tau makanan favourite Mr Pappi nasi, malam esok dia kata dia masak nasi ala-ala bubur. Jadi malam esok kami booked siap-siap buffet dinner untuk 2 orang. Makanan yang paling aku suka adalah ajabsandari. Sedap gile makcik ni buat, campuran sayur-sayuran yang dilenyek-lenyak lepas tu cicah dengan roti. Selain dari tu depa punya jem & cheese adalah produk tempatan yang femes kat sini. Jem dia memang sedap. Chai panas dan roti adalah percuma. Host akan sediakan air panas, teh pekat yang dah dibancuh & gula. Boleh ambik bila-bila masa kita nak.

bnb 5

Ni nama nya salad yang mengandungi nasi

bnb 6

Rupa macam akok tapi rasa lain. Rasa lemak-lemak sebab ada cheese. Lagi sedap bila makan dengan homemade jem

DSC_0322

Nilah ajabsandari. Sedap sungguh. Licin aku kerjakan makan cicah dengan roti

Selesai bukak posa, aku siap tapau lagi bawak masuk bilik ajabsandari & roti untuk sahur kejap lagi. Lepas sahur pengsan sampai pagi. Esok pagi nak trekking ke Chalaadi Glacier. Nanti kita sambung  yek cara-cara nak cheat ke glacier tanpa perlu berjalan jauh. Nah satu gambar feeling-feeling retis. Jangan muntah yek.

 

rose ushguli 2

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s