Berlari ke Langit Caucasus – Day 9 (Mestia)

Day 9 – 5 June 2017

Tudiaaaa aih makan masa setahun baru cheq sambung cite trip ni. Last month baru balik trip…jadi demi sebuah cerita trip baru, aku kena habiskan cite tahun lepas ni.

Kerja gila bulan-bulan posa gigih nak acah-acah trekking mencari Chaladi glacier. Tapi aku ada keadah short cut demi menjaga puasa aku agar berkekalan sehingga malam nanti. Kilometer pertama masih lagi gagah berjalan kaki dari bnb. Awek poland yang satu bnb dengan kami dah dua kali potong kami….mula-mula dia jalan dulu lepas tu dia patah balik sebab tertinggal barang. Lepas tu dia potong kami lagi sekali…punya la laju dia jalan sampaikan p mai p mai boleh lagi tinggalkan kami kat belakang. Tapi aku kata kt Mr Pappi sat lagi kalau ada lori lalu kita hitch hike. Sepanjang perjalanan ke glacier ni ada pembinaan dam dilakukan, maka banyak la lori-lori hantu keluar masuk.

First lorry kami adalah lorry bawak air. Tapi kami tumpang sampai ke persimpangan jalan saja, sebab dia nak ke tempat lain. Sempat jugak kami buat lambaian ratu kat awek poland tadi masa lori ni potong dia….ajak dia join dia tak nak katanya jumpa kat dalam hutan nanti. Aku agak kat depan nanti jumpa dia balik dan dia akan potong kami buat kali ke tiga.

rose mestia 10

Mestia sedang menuju ke era pembangunan. Masa ni pembinaan dam sedang dilakukan jadi pemandangan sepanjang jalan crusher run adalah sangat berdebu

DSC_0372

Kenderaan pertama yang kami tumpang

rose mestia 8

Mula trekking selepas tumpang lori air

Sebanarnya pemandangan ke glacier ni sangat cantik jadi salah satu kenapa kami lambat sebab berhenti ambik gambar. Sebelum mendaki bukit kami kena menyeberang sungai dengan jambatan gantung. Nak cross jambatan gantung tu senang je, tapi kena ulang 40 kali p mai p mai sebab nak ambik gambar. Haa…..gigih kan…bukan letih sebab trekking pon, tapi sebab posing sakan. Letih posing, rest kejap bawah pokok ala-ala iklan rokok salem high country tu. Mr Pappi dah pok pek pok pek beratus kali ajak gerak. Eh letih tak abis lagi dah kalut nak gerak. Dia tak tau ke prinsip aku bukan destinasi yang aku kejar tapi view & feeling sepanjang perjalanan ke tempat tu yang buat aku kenang sampai bila-bila.

Haaa nak habaq sampai la ni aku ingat sepanjang perjalanan ke situ asyik bergaduh je dengan dia. Last-last aku suruh dia pergi la sorang-sorang. Lepas acah-acah daki bukit yangt ak seberapa tu, aku jumpa satu lagi sungai yang sesuai untuk berehat sambil-sambil menikmati view snow cap depan mata. Aku cakap kat Mr Pappi nak lepak tepi sungai sambil-sambil celup kaki dengan Mr Johnny si lonely dog. Dia kata tunggu je kat sini jangan pergi mana-mana sampai dia balik. Maka berteman kan johnny aku buat video, ambik gambar, selfie siap dengan pakej tertido atas batu. Johnny pulak lepak kejap je dengan aku sebab tuan dia dah sampai ajak dia balik. Bye Johhny selamat berbuka puasa yek kejap lagi. Sepanjang aku kat situ takde sorang pon berhenti main air. Boleh dikira berapa orang  je lalu. Mula-mula takut jugak mana la tau kot-kot ada penculik tapi dalam takut-takut sempat jugak tidor nyenyak atas batu. Air sungai tu sejuk yang amat, aku basuh muka je…..sumpah cheq tak minum walaupon kesejukkan air tu digambarkan seperti menikmati air sirap selasih kedai nasi kandaq kudu.

rose mestia 9

40 kali posing atas jambatan gantung ni tunggu orang habis lalu

rose mestia 4

Nah posing lagi…mana tak kena potong dengan awek poland tu sampai 3 kali

rose mestia 3

Nampak tak muka berminyak dan berpeluh nya gigih trekking dan masih lagi berpuasa

Lepas Mr Pappi sampai kami berjumpa lagi sekali dengan awek poland tadi. Kali ni kami lepak bersama-sama dan dia ramah bercerita tujuan dia ke mari. Dia mengeluarkan tumbler berisi air dan hulur kat aku, aku kata aku puasa tak boleh makan dan minum pada siang hari. Ternganga dia dengar, katanya kalau dia tak makan takpe tapi dengan air dia tak boleh. Nikmat sungguh tengok dia meneguk air depan aku. Nasib baik air kosong je bukan sirap ais…tapi sebenarnya masa tu air kosong je dah rupa sirap bandung soda aku tengok. Lepas habis 2 batang rokok dia bergerak meninggalkan kami. Dekat glacier tadi Mr Pappi terserempak dengan Jon yang biasa la sorang-sorang ke mana saja. Ajak dia melepak dan memandangkan dia sorang Mr Pappi offer jadi photographer dia. Aku happy la apa lagi…lagi ramai datang lepak lagi lama aku boleh rest kat sini. Takde kena paksa bergerak.

mestia 8

Summer in Mestia

toy glacier 2

Mr Pappi belanja gambar kat glacier. Nasib baik jumpa Jon, dia ambik gambar Jon, Jon ambik gambar dia

 

 

mestia 7

Ingatkan dalam drama korea je jumpa susun-susun batu macam tu

rose mestia 2

Lama sangat melepak kan tak sedar dah sampai petang…nak berjalan kaki ni mau ambik masa 2 jam baru sampai bnb. Seperti biasa kali ni kami tumpang lori / kereta / jip menjadikan jumlah kenderaan yang kami tumpang hari ni 5 bijik semuanya. Kenderaan yang paling last sekali sampai betul-betul depan bnb, tapi berhimpit-himpit sikit dengan pekerja construction yang kebanyakkanya daripada turki. Depa pun nak balik rumah prepare untuk bukak puasa. Nasib baik la kami dah order dinner kat host malam ni. Tak mampu nak masak sendiri, jalan pon seret je kaki dah ni.

hitch hike 1

Jip ni pun salah satu kenderaan yang kami tumpang

hitch hike 2

Tak lupa juga lori tanah ni pun kenderaan yang kami tumpang

Sampai bnb, lepas mandi rasa nikmat sungguh. Dapat pulak baring atas tilam sementara menantikan waktu berbuka, sempat terlelap. Masa makan, kami berkenalan dengan couple dari prague yang sangat ramah. Makan sambi menyembang dan bertukar-tukar facebook, Martina suka sangat cili sampaikan tatoo dekat bahu dia pun gambar cili.Aku kata kena lah datang malaysia, kami orang malaysia ni semua makanan kena pedas, ni pun tadi Mr Pappi pergi cari cili hijau kat kedai Mart sebelah bnb ni. Seperti biasa dengan gaya dramatik nya dia memberikan gambaran kepedasan tahap maksima dekat makcik mart tadi sebab cakap chili makcik tu tak paham. Bila buat gaya kera kena belacan barulah makcik tu tau apa yang Mr Pappi nak.

Esok kami akan bergerak meninggalkan Mestia & menuju ke Tbilisi melalui Zugdidi juga menaiki train malam yang sama. Kali ni aku tak salah booked. Aku booked kelas 2 yang mempunyai 4 orang satu cabin.  Pagi esok cadang nya nak buat photoshoot pakai baju raya. Gigihhhhh sangat bak kata bos aku….pasai posing bergambaq bagi kat dia.

DSC_0383.JPG

 

2 thoughts on “Berlari ke Langit Caucasus – Day 9 (Mestia)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s