Berlari ke Langit Caucasus – Day 10 (Mestia – Zugdidi – Tbilisi)

Day 10 – 6 June 2017

Hari ni kami akan bertolak ke Tbilisi semula menggunakan kaedah yang sama seperti kami datang ke sini. Naik van & train malam. Pagi tu kami buat photoshoot bodo-bodo pakai baju raya di sekitar bnb berlatarbelakang kan gunung. Oleh kerana gambar tu tak cantik sebab aku nampak debab maka memang aku tak upload la kat sini. Haha bulan puasa pon selera besar. Sedap kot Manoni masak, nasi sup ala-ala bubur memang aku tak sentuh kalau kat Malaysia, tapi kat sini aku boleh layan pulak. Habis bermangkok-mangkok.

Selain daripada masakan yang sedap kat bnb ni, yang buat untungnya kami duduk sini ialah satu kampung kenal host kami. Manoni call je driver van datang bnb untuk pickup guest dia. Guest tak perlu menggendong beg ke pekan untuk ambik van. Sama lah hari ni, driver van dah siap menunggu kami dekat bnb. Paling tak sangka kami 2 orang je penumpang dia yang akan ke Zugdidi hari ni dengan tambang yang sama macam kami datang hari tu. Sepanjang perjalanan 3 jam ni, kalau ada orang yang menghala ke tempat yang sama, dapat lah extra duit bagi pemandu van ni. Kami bersembang macam ayamn & itik dengan driver van ni. Agak-agak tak paham sama-sama gelak. Siap berhenti tepi jalan tunjuk rumah dia, ni kalau tak puasa memang dah kena singgah makan nasi dulu. Pakcik driver ni pun agak femes orang nya. Sikit-sikit telefon dia berbunyi, bini suruh beli sayur la, orang kampung nak tumpang pergi town la, kucing sakit la, semua call dia. Risau jugak lalu tepi-tepi gaung dia bercakap telefon, tapi alhamdulillah kami sampai dengan selamat.

Sampai di Zugdidi sementara nak menunggu train pukol 7 kami pusing-pusing pekan koboi ni. Oleh kerana dah petang banyak kedai yang dah nak tutup. Kami perhatikan banyak sungguh saloon kat pekan ni. Sepanjang-panjang jalan tu saloon bersebelahan antara satu sama lain. Ate orang kampung ni hari-hari ke kome buat rambut pon?

Kami berhenti kat satu kedai roti & cake untuk tapau bukak puasa nanti. Murah rezeki orang bermusafir ni, owner kedai tak minta bayaran. Rupanya dia juga suka travel secara backpack macam kami. Katanya satu hari nanti dia akan jejakkan kaki ke KLCC yang femes tu. Ada jugak orang tau KLCC di kawasan pendalaman ni. Semoga murah rezeki dia dan satu hari nanti dia boleh melawat kami pulak kat sini.

vanilla 2

Kedai Roti & Cake Vanilla

vanilla 3

MUrah gile harga cake ni. Range dari rm 30-RM 60

vanilla

Bersama-sama dengan owner kedai & family dia

roti

Roti makanan asasi disini

rose zugdidi 2

Train station Zugdidi

rose zugdidi

Bersama-sama Johnny yang sangat jinak. Mengekor aku sepanjang aku kat station ni, sampai ke malam dia hantar aku sampai pintu train

cherry

Tak larat nak makan cherry dah sebenaqnya punya la melambak-lambak kat sini.

zugdidi 3

Local people yang suka sangat bergambar. Dia ni yang panggil kami suruh ambik gambar dia

zugdidi 4

Kawasan dalaman train station

Sekali lagi malam ni kami akan tidur dalam keretapi, kali ni aku tak salah beli. Aku booked kelas 2 yang boleh memuatkan 4 katil dalam satu cabin. Bersama-sama cabin kami seorang wanita warga emas dan seorang lelaki muda. Nenek tu adalah cikgu bahasa rusia, maka malam tu dia mengajar Mr Pappi a few russian words. Berbuih-buih mulut jawa Mr Pappi nak sebut perkataan-perkataan tu.Nenek tu pulak selagi sebutan tak betul selagi tu dia suruh Mr Pappi sebut sampai dia puas hati. Lelaki muda tu pulak adalah student tahun pertama di kolej. Dia lah yang menjadi orang tengah & tukang translate antara nenek & Mr Pappi.

Sampai di Tbilisi keesokkan pagi, kami bercadang nak repeat balik pasar karat buat last shopping sebelum bertolak ke Tehran. Hari last di Georgia kami pergi ke Old Town tengok jam antik kayu yang femes & orang tunggu tiap kali pukul 12 akan keluar patong menari-nari. Gigih menungggu tengah panas. Lepas tu bersantai-santai di taman sambil layan wifi free. Yeee…..Tbilisi banyak wifi free merata-rata ceruk compare dengan bandar besar seperti London. Sempat jugak aku terlelap dekat taman tu tertido atas bench, nasib baik takde orang letak duit or bagi makanan. Suhu sejuk, matahari atas kepala, jadi rasa macam suam-suam kuku layan je tido.

Sambung cerita & gambar -gambar pasar karat di cerita yang seterusnya. Bye.

 

6 thoughts on “Berlari ke Langit Caucasus – Day 10 (Mestia – Zugdidi – Tbilisi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s