Berlari ke Langit Caucasus – Day 11 (Tbilisi)

Day 11 – 7 June 2017

Sampai sekali lagi di Tbilisi Central kami mengucapkan selamat tinggal dekat nenek cikgu bahasa rusia & pelajar kolej malam tadi. Sedih pulak masa nenek tu peluk & cium aku terasa macam dah lama kenal. Walau sedih macamana pun perjalanan perlu diteruskan. Kami simpan luggage kami dekat tempat simpan beg, jumpa balik pakcik jackie chan yang jaga tempat simpanan luggage ni. Nama dia melekat jackie chan sebab masa kami mula-mula jumpa dia, dia tengah tengok cite kungfu jackie chan. Kos simpan 2 biji beg kami 8 lari. Mr Pappi mintak diskaun tapi dia tunjuk langit, agaknya dia kata tak boleh Tuhan nampak.

Hari ni kami sekali lagi pergi ke dry bridge market. Cuci-cuci mata lagi sekali sebelum berangkat meninggalkan bumi Georgia malam ni. Lagi satu tempat local shopping adalah dekat laluan underground. Kami sempat beli serba sikit barang textile macam sarung bantal, serbuk coffee & tea, kereta polis antik Mursyid. Tak shopping sangat sebab esoknya akan shopping dekat Tehran. Lagi heaven kalau shopping kat sana.

dry bridge market

Sebahagian daripada peniaga di Dry Bridge Market

Oleh kerana harini free & easy kami banyak melepak dekat taman sebelah dry bridge market ni sebab ada wifi free. Kensington garden London pon takde free wifi u olls, Tbilisi ni merata-rata free wifi. Dekat park ni join orang-orang local berjemur bawah panas, feeling dia best sangat suhu sejuk-sejuk matahari atas kepala rasa suam-suam sampai terlena atas bench.

Lepas tu kami berjalan ke old town nak tengok jam lama yang tepat pukol 12 tengahari akan berbunyi & keluar patung menari-nari. Ramai la yang menunggu detik 12 tengahari masa tu dalam cuaca panas-panas tu. Termasuk la kami.

tbilisi 20

Menara jam antik yang mempuyai rekabentuk unik nampak macam nak roboh tapi memang dibina macam tu

DSC_0972

Gigih menunggu macam tunggu concert start

tbilisi 21

Sebahagian daripada bangunan di Old Town

DSC_0980

Bangunan antik yang dijadikan hotel

Destinasi seterusnya kami naik metro menuju ke Tbilisi Central & nak cari makanan untuk buka puasa. Nasib baik jumpa orang india muslim yang keje di Tbilisi. Derang tunjukkan kedai makan halal berdekatan dengan Tbilisi central. Tak dekat jugak le, kena turun satu lagi station selepas Tbilisi Central. Kebanyakkan rakyat india yang bekerja di sini adalah dalam bidang IT. Dekat Tbilisi Central ni jugak ada mesin ATM tepi metro station yang boleh mengeluarkan duit dalam 3 jenis matawang iaitu Euro, Lari & USD. Senang kan, cas per transaksi sepuluh ringgit kalau menggunakan card CIMB Bank. Sebenarnya cash dah habis nak beli makanan untuk berbuka puasa ni. Tu yang mencari ATM.

tbilisi 22

Ingatkan satu tak cukop beli lah sorang satu. Nyesal tamak sebab dekat nak sedepa kot panjang dia

Dari Tbilisi sentral kami ambik bus ke airport. Tambang dia paling kami tak sangka 50 sen lari bagi perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit. Murahhhhhh gile. Paling best bus berhenti betul-betul depan departure enterance Tbilisi Airport. Bus selesa ala-ala bus rapid KL tu. Tapi bus berhenti-henti bukan bus express. Ah lantaklah janji 50 sen, lagipun masa banyak lagi terluang. Kami berbuka puasa dengan kebab dekat airport. Terjumpa dengan lecturer korea yang kami jumpa masa nak ke Kazbegi di airport. Oleh kerana dia nak check in dah, dia bagi kami buah epal yang size giant untuk kami buka puasa. Jenuh aku ngan Mr Pappi nak abiskan. Dah la kebab size giant, sudahnya makan sebijik je kebab, sebijik lagi simpan dalam beg. Buat sahur la nanti dekat Baku. Flight Tbilisi- Tehran ni akan transit dekat Baku.

DSC_0009

Goodbye peace from a lovely couple. Last year katanya dia dah menetap dekat Korea semula lepas habis bertugas di Kazakhstan.

Maka berakhirlah cuti-cuti Georgia yang aku ambik masa setahun nak menyiapkan. Ni pun sebab aku ada trip baru yang nak diblogkan. Sampai tahun depan ke lagi baru siap the whole journey. We’ll see. Bye Georgia…..view, experience, food & people tidak mengecewakan. Cost masih lagi mampu travel pada ketika itu. Sekarang ni Air Asia dah tutop route ke Tehran, jadi dari Kuala Lumpur ke Tbilisi agak mahal dah hampir sama dengan harga ke Europe.  Kita doa-doa la moga Air asia bukak semula route ke Tehran tu.

DSC_1013

Bersantai dengan local people. Masa ni baru dapat tahu berita Parlimen Tehran di bom. Kena fikir dua tiga option kalau flight ke Tehran cancel malam ni. Tapi nasib baik tak cancel berjalan macam biasa. Cuma kawalan di airport tehran ketat.

Nantikan cerita akan datang kena soal siasat oleh pegawai polis di Tehran sekali masa dekat metro & lagi sekali lepas berbuka puasa di cafe airport. Jumpa di Tehran yaaa.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s