Berlari ke Langit Caucasus – Day 12 (Tehran)

Day 12 – 8 June 2017

Azerbaijan airline dari Tbilisi ke Tehran akan transit di Baku. Di Baku kami berkenalan dengan warga Iran yang akan menaiki flight yang sama ke Tehran. Kebanyakkan warga Iran datang bekerja atau berniaga di Baku. Nama dia aku dah lupa…maklumlah dah setahun cite ni terperam di dalam kepala so aku namakan dia uncle baik hati. Uncle baik hati ada bagi email dia untuk kami send gambar kami, tapi masa sampai kat Malaysia aku email gambar tu ke alamat yang dia bagi tu tak lepas. Jadi sampai laaa lost contact. Walaupun kenal dalam flight sekejap je, tapi dia banyak bantu kami masa kat sana. Mula-mula dia tolong bercakap dengan money changer dekat airport, lepas tu memandangkan pada masa tu metro dari downtown ke airport tehran sedang dalam pembinaan, maka transport yang ada adalah taxi. Tapi untuk kami yang ada masa sehari je ni macam tak berbaloi nak spend taxi one way 25 usd. Jadi dia ajak kami share taxi yang dia naik dan hantar kami ke metro station paling dekat dengan airport.  Jadi kami hanya bayar 40,000 toman sahaja iaitu lebih kurang 37 ringgit. Dari airport ke metro berdekatan tu kami melalui depan parlimen yang di bom semalam. Keadaan seperti biasa cuma banyak anggota tentera berkawal.

Oleh kerana trip kali ni bukanlah trip ke Iran atau pun Tehran, maka satu hari ni kami akan pergi ke bazaar di Tehran sahaja. Uncle baik hati juga bagi cadangan bazaar mana yang meriah untuk kami pergi. Nama bazaar yang dia cadangkan adalah Panzdah E-Khordad. Tambang metro dari station yang berdekatan dengan airport ni (nama station ni aku dah lupa) ke bazaar adalah 2000 toman untuk dua orang. Masa sampai ke station metro uncle yang baik hati ni mengiringi kami sampai kami beli tiket metro. Risau agaknya takut kami salah beli tiket. Nak masuk ke station metro kami di tahan oleh  anggota tentera yang berkawal. Kena interview nak pergi mana, buat apa sampaikan tangan aku yang ada kesan psoriasis pon dia tanya tu kenapa dengan tangan tu. Nasib baik uncle baik hati ada, dia lah yang jadi juru cakap kami. Selesai membeli tiket, kami ambik gambar kenang-kenangan bersama-sama yang mana gambar tu tak sampai-sampai kat uncle tu. Uncle taxi pon baik hati jugak sanggup tunggu kami selesai segala urusan beli tiket. So far dalam beberapa jam di Tehran, rakyat nya sangat baik.

tehran_

Sebelah kanan tu rail metro dari downtown ke airport yang sedang dalam pembinaan

Pengalaman di dalam metro Tehran sangat kelakar. Dalam train depa boleh meniaga. Mula-mula ada orang jual tali pinggang, lepas tu stationary, mainan budak, gadget, jam, pekakas dapur pun ada. Pergh….meriahnya belum sampai bazaar lagi angpa akan berabis duit dalam train membeli belah. Lepas tu, train berhenti ke station seterusnya, naik pulak orang lain meniaga pulak benda lain. Tapi ada satu lagi benda pelik, masuk la geng-geng pemuda yang muka hensem jambang ons apa bagai, tinggi, sihat tubuh badan tapi makan dalam train. Yang perempuan pulak ada yang minum, makan gula-gula & jajan. Yang perempuan mungkin uzur kot tak boleh puasa, tapi yang lelaki tu dah kenapa, uzur jugak? Agaknya bukan muslim kot. Tapi…dekat bazaar pun macam tu jugak, pakcik driver taxi & the geng bawak botol mineral tadah ayaq paip lepas tu minum. Padahal tadi dia cakap dengan kami this month ramadhan no rice it’s prohibited. Oooo rice je tak boleh makan time siang hari, minum ayaq boleh. Mr Pappi kata kalau puasa macam tu aku pun mau, 3 bulan puasa pun takpa aih. Lepas balik Malaysia, ada orang bercerita istilah bermusafir derang memadai dengan pergi dari kampung sendiri ke kampung sebelah. So kalau angpa dari kampung baru naik train ke kampung keramat haaaa dah dikira musafir, apa lagi makan nasi kandaq la. Jom layan gambar-gambar bazaar.

tehran bazaar 1

tehran bazaar 3

tehran bazaar 4

tehran bazaar

Nak makan tak boleh, cuci mata je laaa (Astagfirullahalazim kurangg pahla posa aku)

tehran bazaar 7

tehran bazaar 6

 

tehran bazaar 9

tehran bazaar 10

Senibina di Iran yang kaya dengan kesenian bercirikan parsi dan seni hias islam yang hebat

tehran bazaar 8

Keadaan di dalam bazaar

Rupanya pada bulan ramadhan bazaar akan di tutup awal iaitu se awal pukul 4. Tapi pukul 3.30 dia dah suruh angpa keluaq nak tutup dah pintu besar bazaar. Jadi tak habis pun kami menerokai bazaar ni, cuma lepas main gate di tutup kami berjalan-jalan di luar bazaar. Suhu pada masa tu panas sangat-sangat, jadi nak bersiar-siar di luar pasar memang tak le berjalan kaki. Nasib baik ada keretapi macam dekat taman tasik perdana tu. Dia bawak pusing di sekitar bazaar, naik lah berapa kali pun, tak kena bayar. Free je. Dalam keretapi ni kami berkenalan dengan sorang lagi pemuda iran yang baik hati pinjamkan hotspot dia. Masa tu hari cuti dia, kalau tak keje dia fly je. Rupanya dia pilot. Oleh kerana dekat iran ni tak boleh bukak facebook, jadi kami jadi rakan dalam instagram sahaja. Sebelum berpisah dia tunjukkan kami kedai nasi kalau kami nak tapau untuk buka puasa. Katanya kedai-kedai nasi di sini tidak dibenarkan buka kedai pada siang hari. menjadi kesalahan membeli & menjual nasi, tapi kedai burger, sosej boleh pulak meniaga? Lagi satu ada satu gerai ni punya la ramai orang beli makanan ni, rupanya macam bubur lambuk, tapi rasa dia manis-manis. Kami pun beli lah untuk bukak puasa nanti, mesti sedap ni dah ramai orang beli. Masa kami beli tu, yang meniaga ni siap cakap kat kami kalau nak makan ada tempat tertutop disediakan. Aik….boleh naa lagu tu, makan bubur lambuk di siang hari boleh tapi kena tempat tertutup. Tapi nasi harem pulak dijual / makan walaupun di tempat tertutup.

toy tehran bazaar.jpg

rose tehran bazaar_

2 kali kami naik ni sebab panas sangat tak larat nak jalan

rose tehran bazaar 2

Our new friend in Tehran. Outstandingly nice person

Oleh kerana cuaca panas tak jadilah kami nak berbuka puasa kat sini. Kami kena balik airport semula sebab kat airport sejuk. Nego punya nego dengan pakcik taxi yang minum ayaq paip di siang hari tu dapat la tambang dari bazaar ke airport 40,000 toman. Sebelum tu kami tukar duit sebab nak bayar tambang taxi, sorry money changer takde yek. Yang ada tukar kat tepi-tepi jalan dekat geng-geng iran ni. Memang menjadi kebiasaan tukar duit dekat kaki lima je kat sini, tapi sebelum tu nego dulu berapa currency. Kalau rasa tak berbaloi mintak lagi sampai la puas hati.

Kami berbuka puasa dekat cafe di airport. Kalau nak murah pergi ke cafe dekat bawah airport tempat parking kereta. Nurul yang pesan kalau nak makan, dekat situ murah berbanding kedai-kedai yang berada dalam airport. Seperti yang dikhabarkan tadi, nasi tidak akan dihidangkan selagi azan maghrib berkumandang. Jadi kalau kat Malaysia lagi 30 minit angpa dah hampaq seperah dari depan pintu depan sampai pintu dapoq bersusun lauk pauk, ready dah duduk bersila depan nasi walaupun masa tu tak keluar lagi iklan yusup tayoob. Kat sini, sorry erk….dia tak layan kalau angpa suruh hidang awal. Dia kata tunggu azan baru dia serve nasi atas meja. Mr Pappi tanya pukul berapa bukak puasa dekat pekerja cafe tu, depa kata ada 2 waktu, satu 7.30 satu lagi 7.45. Dia tanya which one u want? Hahaha…..aku kata paling awai laaa 7.30 lapaq kot. Masa tu aku pun tak tau kenapa ada 2 waktu, so azan je masa tu pukul 7.30 terus kami berbuka. Kami ambik 2 set nasi lauk ayam 1 & lauk kambing 1. Set nasi ada salad & kuah. Nasi , salad & kuah boleh refill selagi mana yang mampu. Air chai panas gelas besar sorang satu. Cost makan 45,000 toman.

cafe airport basement

Cafe bersebelahan parking airport

Seperti biasa lepas berbuka puasa Mr Pappi sedut oksigen dekat luar cafe. Tak lama lepas tu 2 orang tentera & polis datang menyapa kami & buat spot check beg kami. Lepas berpuas hati cek beg & boarding pass kami mereka beredar. Agaknya lepas kes bom di parlimen semalam, kawalan sangat ketat. Nasib baik aku temankan Mr Pappi sebab passport & boarding pass selalunya aku yang pegang.  selalunya aku tak kuasa nak ngadap dia menyedut rokok, hari ni pulak feeling-feeling nak temankan dia. Oleh kerana tak nak kena soal siasat lagi, kami masuk ke dalam airport awal sikit. Dekat Tehran bila nak boarding section lelaki & perempuan di asingkan.

Dalam airport dapat free wifi setelah angpa dah masuk ke gate untuk boarding. Kalau sebelum imegresen takdak line. Jadi tak sia-sia masuk awal. Boleh lah check in untuk kenangan dalam memories facebook yang akan keluar tiap-tiap tahun tu. Maka selesailah trip kami pada tahun 2017. I olls travel setahun sekali je u olls tak mampu lagi nak buat sebulan sekali. Dalam kepala ni sampai-sampai KL je ambik budak-budak kat rumah, kita bukak puasa kat nasi kandaq kudu. Hoooyehhh…..nasi kandaq aku datangggg. Bye u olls…jumpa dalam trip 2018. (kalau aku rajin laaaa kan)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s