Trip Panggilan Pulau (Day 1 & 2)

Day 1 & 2 – 26 & 27 April 2018

Asalnya takde arah tujuan ke mana trip 2018 ni. Lepas tu Yasim mesej kata ada promo Norwegian airline tapi depart dari Singapore ke Gatwick London. London? Wow tak terpikir akan ke London dalam masa terdekat ni maklum lah tempat orang ada-ada ni, mana lah kita mampu. Cheq QS cabok je u olls. Tapi tangan gatal jugak nak tengok berapa tiket return ke London dari Changi. Try le letak tarikh yang nak tu….sekali wow not bad harga nya. Terus lah terbeli tiket return dengan harga RM 1480 sorang termasuk credit card tax. Ikutkan boleh dapat murah lagi kalau grab awal sikit.

Untuk makluman harga tiket tak termasuk check in luggage. Jadi kami hanya ambik luggage dari London ke Singapore sahaja. Hand luggage kami below 10 kgs. Bawak baju 3-4 helai cukop le. Sampai London baru beli baju murah2 kat Primark. Makanan? Aku just bawak maggi je sebab trip ni memang trip makan makanan local sampai muntah & gemok.

Dari London memang banyak tiket murah-murah ke mana-mana destinasi. Aku dah plan tahun ni tak nak tengok gunung ganang dah. Nak tengok laut pulak. Jadi hari-hari cek dari London ke mana murah. London ke Scotland, Ireland, Iceland memang super cheap. Tapi memandangkan matawang pound ni akan buat kan kekangan perbelanjaan makan aku, jadi aku batalkan hasrat nak round UK. Lagipun….aku rasa macam moody sangat bila tengok cuaca yang gloomy & dalam satu hari akan ada 4 musim ni. Oiiii…..tu namanya mengundang tido. Tak dinafikan kawasan coastal, clift & outskirt UK memang menjanjikan view yang superb, tapi kecenderungan aku lebih ke arah mediterranean weather, suhu suam-suam kuku, ada mentari menyinar hari-hari, so gambar feeling-feeling retis aku lebih ceria.

Oleh itu……maka terjadilah trip yang dinamakan Panggilan Pulau ni bukan satu pulau tapi 2 pulau iaitu SICILY ISLAND & MALTA ISLAND. Dua-dua terletak di mediterranean dengan Malta yang hanya menerima 60 hari hujan sahaja setahun. Sicily Island? Sapa yang tak kenal Sicily Island yang sinonim dengan cerita mafia & god father tu. Sicily island an autonomous region in Italy dan merupakan pulau yang terbesar di Mediterranean. Ada beberapa small village di Sicily yang menarik minat aku sejak tengok FB Azul Ams 2 tahun lepas. Antara yang masuk dalam wishlist aku Castelmola & Ragusa. Selain daripada terkenal dengan ancient site & mount Etna, Sicily jugak mempunyai selection foodie yang menarik & wajib cuba. Perlu ditegaskan di sini yek, memandangkan konsep travel aku adalah dengan mencari food, view/nature & market place  sebagai priority, maka itinerary aku takde cover le tempat-tempat bersejarah. Tapi aku sangat tertarik dengan senibina di Catania yang kebanyakkannya mempunyai senibina Baroque & Rococo yang diperbuat daripada gray lava stone. Detailing senibina Baroque sangat klasik & anggun.

Aku jadikan Catania sebagai base aku untuk ke mana-mana. Dari London aku ke Sicily lepas tu aku ke Malta dan ke London semula. Total cost semua flight domestik aku ialah RM 525 termasuk luggage. Airline yang aku ambik Easy jet & Ryan air. Easy Jet tu berlepas dan mendarat di Gatwick London. Jadi tak perlu lah aku nak tukar-tukar airport bila sampai dari Singapore.

Catania adalah bandar ke dua terbesar di Sicily selepas Palermo. Cuti pun 2 minggu je jadi aku tak cover Palermo. Nanti lah ada rezeki aku akan ke Italy semula menyambung mana-mana destinasi kat Italy yang belum habis diteroka. Memang aku tak jemu-jemu dengan Italy. Korang yang takat pergi Milan & Rome saja tu jangan lah nak judge kata Italy ni bosan, kotor, banyak penyeluk saku, banyak penyangak, takde apa yan menarik. Pergi lah outskirt area bang oiii…..takat mari 2 hari dekat Rome terus kata Italy banyak penyangak. Takat touch n go Milan satu hari terus kata Italy takde apa yang menarik. Eh emosi pulak bila orang kata kampung halaman kita tak best. Hahaha…..kesimpulannya aku punya itinerary haruslah best dah buat sendiri mengikut citarasa & minat sendiri.

Eh bebel banyak pulak. Jom aku belanja gambar sekitar Catania pada hari pertama aku sampai. Dari airport ke down town 20 minit je dengan menaiki Alibus yang berharga 4 euro satu hala. Dalam bus ada wifi, jadi kalau terjumpa bus ni lalu lalang dekat town automatik telefon aku berbunyi masuk nya whatsapp bertalu-talu. Cuti pun kena reply mesej keje u olls. Nasib daaaaa.

ryan air

Mount Etna menyambut kedatangan kami di Catania, Sicily

catania 8

Mercu tanda Catania, salah sebuah Cathedral yang terdapat di sini.Di hadapan Cathedral ni adalah piazza yang menjadi tempat berkumpol & melepak rakyat jelata. Terdapat banyak cafe, kedai cenderamata & kedai makanan halal merata-rata tempat

DSC_0796

Jalan menuju ke BNB. Bnb kami bersebelahan dengan pasar ikan yang terkenal di Catania ni. Pasar ikan belah siang je, jadi malam kami boleh tidur dengan aman.

bnb

Booked dari airbnb 5 malam – RM 656

bnb rose

Di hadapan BNB. Bilik kami tingkat bawah

catania 4

Catania street

catania 7

Pasar di sebelah rumah. Kalau rajin masak memang jimat. Tapi ni trip di namakan trip makan. Memang tak masak le kecuali lapar tengah-tengah malam masak maggi

DSC_1012

Hari pertama aku dah belasah Cannoli. Comot nya masa makan. Eh kalau tak comot depa kata tak sedap. Cannoli ni pastry yang crispy & filling dengan ricotta cheese. Ada macam-macam filling chocolate, vanilla, peanut tapi aku suka perasa original dia ricotta cheese. Maka total cannoli yang aku makan sepanjang berada di Sicily ni lebih kurang 20 pcs. Haaa tepooookkkkkk

DSC_1010

Murah je u olls. Sebiji 0.80 sen euro. Tapi dah 20 biji aku belasah korang kira le berapa total cannoli aku. Haaa tepookkkk sekali lagi

 

DSC_1011

Uncle ni senyum je tengok aku layan cannoli. Mr Pappi belanja dia rokok sebatang & lepas tu jadilah conversation depa macam ayam & itik

 

Esok kami nak berjalan di dalam Catania je memandangkan esok ada market. Kami tak guna public transport sebab kawasan bnb dengan Catania sangat mudah dengan berjalan kaki. Yang bestnya Catania ni, market, bus station, train station, tourist attraction, ancient site semuanya within walking distance. Walaupun aku makan cannoli 3-4 bijik satu hari, tapi lemak-lemak ricotta cheese tu terhapus dengan berjalan sekurang-kurangnya 30 km. Iye le tu kannnn….tu baru cannoli, belum lagi nasi beriani kambing kedai bangladesh yang menjadi tempat wajib Mr Pappi sepanjang berada di sini.

Iye….dia tekak mamak. Sebelum aku nak makan merepek-repek yang bukan makanan dia, ada baiknya bagi perut dia kenyang dulu. Nanti kang dia grumpy gile lepas tu bergaduh dengan aku pasai benda bodoh-bodoh pon boleh jadi punca. Lepas tu dia jalan laju-laju tinggal aku kat belakang. Eh….mamat italy helok namati kot. Pergi la jalan laju-laju tu, i olls boleh cuci mata kat belakang ni.

Bye u olls, kita sambung next story sehari di Catania dan misi mencari Cannoli terbaik dan juga termurah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s