Trip Panggilan Pulau -Day 3 (Sicily Island- Catania)

Day 3 – 28 April 2018

Misi harini adalah pasar & jalan-jalan cari makan sambil bakar lemak. Kawasan bnb ni sangat strategik jadi dari bnb ke pasar jalan kaki santai-santai lebih kurang 10 minit. Sepanjang perjalanan ke pasar, kami melalui piazza, cathedral, bangunan-bangunan lama yang diubah suai menjadi butik & cafe. Breakfast ala kadar je kat bnb sebab aku nak cari kedai roti gluten free. Tapi malangnya kedai roti tu dah tutup. Jadi hantam je laaa labu yang ada gluten pun lepas makan telan ubat.

Destinasi pertama pagi ni adalah Piazza Carlo Alberto Market. Kiranya kalau dekat Malaysia macam pasar tani. Macam-macam ada dijual di sini dan harga sangat mampu milik. Baju / seluar baby boleh dapat serendah 0.50 euro. Nampak nya hari pertama dah membeli belah. Ada lah sikit beli baju budak-budak ni. Mr Pappi syok le sebab ada banyak barang terpakai kat sini. Harga boleh nego yek. Kalau lama sangat nak tunggu Mr Pappi nego, aku lepak tepi tangga sambil ambik-ambik gambar. Cuaca cerah harini walaupun sedikit berangin, tapi rasa suam-suam je duduk bawah matahari. Ni lah sebab nya aku suka sangat pergi ke negara mediterranean sebab tak perlu pakai berlapis-lapis & tak berpeluh-peluh ketiak. Tapi jangan datang time summer le sebab Malaysia hari-hari summer dah kenapa plak nak datang sini pun time summer. Jom u olls layan gambar tengok apa yang ada kat pasar.

catania 9

Nampak tak kain baju tu depa pakai longgok-longgok je. Angpa pilih le. Selai 1-2 euro

 

DSC_0980

Hustle & bustle

DSC_0981

Best ni makan dengan roti. Roti sapu sikit dengan pesto sauce

DSC_0999

Pengantin pon ada

Lepas ronda-ronda pasar kami mencari cannoli yang sedap di dalam bandar. Tu pun kami tanya dekat mamat kedai ala-ala seven eleven kt mana cannoli yang paling best. Dia suggestkan pergi satu kedai ni depan villa bellini park. Sampai kat kedai tu memang bapak ramai nye orang. Ni sure sedap. Aku try satu…..memang sedap gile. Pastri dia crispy & light, ricotta cheese dia creamy namati. Tapi harga kat sini slighty mahal dari yang semalam. Tak kisah le janji sedap. Selang beberapa kedai dari situ aku try lagi satu cannoli. Gile sungguh budak gemok ni kuat makan. Tapi kali ni tak sesedap yang aku makan tadi. Kat kedai ni kami berhenti minum & try makan arancine balls. Arancine ni rice ball coated with bread crumbs and deep fried. Dalam rice ball tu derang campurkan bayam, cheese, peas & meat. Kami try yang letak cheese & bayam.

food catania

Kopi, arancini & cannoli. Sicilian sangat. Gemok? Takpe kejap lagi kita bakar lemak

DSC_0966

Seriously cannoli ni sedap namati. Sila lah try kalau jumpa

DSC_0965

Ada jugak dessert-dessert yang lain. Masa ni kalau la ada partner makan dessert aku kan best boleh kami share-share makan macam yang selalu kami buat kat KL. Semua jenis teringin tapi tak mampu nak makan habis semua

Mr Pappi? Dia bukan penggemar dessert. Masa aku fefeling makan dessert dia berjalan-jalan ambik gambar. Habis aku la kena habiskan semua makanan. Ni bukan makanan dia. Lagipun dia dah jumpa kedai Bangladesh kat tepi pasar tadi. Dah aim lunch nanti nak makan kat situ. Dah terbau-bau beriani kambing katanya.

DSC_0967

Abam yang serve dessert ni pun semat sangat. Sama cantik dengan dessert

Lepas makan dessert kami jalan-jalan cuci mata keluar masuk simpang siur. Yang best nye Catania ni semua tempat dekat-dekat & sesuai untuk pejalan kaki. Rasanya satu hari ni dekat 30 km kami jalan. Tengahari lepas pekena nasi beriani kat kedai Bangladesh kami balik bnb kejap. Rehat-rehat kasi longgarkan otot-otot baru keluar balik. Maklomlah dah 4 series ni tak boleh push harder sangat. Nasi beriani kambing tadi harga dia dalam 8 euro. Sedap namati gulai dia. Seperti biasa portion dia boleh makan 2 orang. Tu pun kalau nak tambah nasi putih dia tak cas. Maka hari-hari lah kami lunch ataupun dinner kat sini. Kedai bangladesh ni ada wifi tau walaupun rupa kedai nye biasa-biasa je tak macam restaurant fancy-fancy tu tapi dia ada wifi.

catania 3

Haaa dah makan beriani kan. Apa lagi panjat le bukit ni

catania 2

Sicilian Baroque architecture

catania 5

Rustic & photogenic

catania 1

Salah satu sebab kenapa aku nak ke Sicily ni selain daripada cuaca mediterranean, kebanyakkan bangunan dia yang nampak lusuh, klasik, unik & photogenic

Belah malam nya kami kekenyangan sebab dah makan macam-macam siang tadi. Jadi kami try snack je yang femes dekat Sicily ni. Nama nya Crispelle. Ada yang rasa sweet ada yang rasa savoury. Kami try dua-dua. Tapi sedap lagi yang yang rasa savoury sebab yang ni ada ikan bilis. Kiranya crispelle ni macam cucuq ikan bilis tapi dia buat besar-besar dan dicampur dengan cheese. Italian u olls tak sah takde cheese.

cucoq

Yang sweet tu dia sira dengan honey. Rasa macam coq keria yang liat-liat sikit.

Ok kita sambung cerita esok pulak ke destinasi seterusnya. Sebenaqnya battery laptop aku nak abis ni. Lupa pulak nak bawak charger. Potong mood sungguh. Nah gambaq aku tepi vespa merah.

rose 2.jpg

 

 

 

2 thoughts on “Trip Panggilan Pulau -Day 3 (Sicily Island- Catania)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s