Trip Panggilan Pulau – Day 4 (Sicily Island – Taormina & Castelmola)

Day 4 – 29 April 2018

Taormina terletak lebih kurang 50 km daripada Catania. Pekan Taormina terletak di atas bukit dan tepi laut juga berdekatan dengan Gunung Etna. Hari ni kami akan ke Taormina dan sebuah perkampungan kecil di atas bukit yang di beri nama Castelmola. Dari Catania boleh menaiki train dan bas, kami naik bas sebab murah sikit, lagipun perjalanan selama sejam lebih je. Daripada bnb kami berjalan kaki ke station bas lebih kurang 20 minit. Of coz dari 20 minit menjadi 30 minit sebab berhenti-henti ambik gambar. Sebelum tu singgah breakfast dekat kedai pakistan yang terletak di tepi station keretapi. Kami juga tapau siap2 kebab untuk makan tengahari di atas bukit Castelmola nanti.

Tiket bas Catania ke Taormina berharga 8.5 euro seorang (return). Bas dia sejam sekali, tapi agak penuh jugak, jadi pandai-pandai le selit, sebab kalau bas penuh kena tunggu sejam lagi. Iye….bus takde nombor seat, walaupun tiket beli kat kaunter tapi konsep sini sapa cepat dia dapat. Aku pass Mr Pappi naik dulu mintak dia cop tempat duduk. Bila driver kata dah penuh aku kata my husband kat dalam, jadi dengan penuh bergayanya aku memanjat tangga bas bak diva meninggalkan yang lain kat bawah dengan pandangan penuh hasad dengki dekat aku. Rasa macam nak buat lambaian queen elizabeth kat depa, tapi rasa tu kejam sangat.

DSC_0106

Ni lah bus daripada Catania ke Taormina

Kenapa tak nak naik train? Selain mahal sikit harga tambang nya, dari station train kena naik bus ke pekan taormina sebab train station terletak di tepi pantai, sementara pekan Taormina di atas bukit. Masa bus sampai di train station Taormina manusia bersusun-susun menunggu bus. Dalam hati nasib baik kami naik bus, kira nya rebut-rebut tempat sikit le dekat Catania, selebihnya boleh menikmati perjalanan pesisiran pantai ni dengan aman. Bila bus melewati kawasan pantai , ramai yang bersorak gembira sebab suka tak sangka aih nampak pantai. Tu pun pantai penuh dengan pebble wash suka yakmat dah tak macam pantai kita yang pasir halus memutih. Angpa ni kalau mai pantai kami sure histeria kot. Tapi bila bus mula memanjat bukit view dari atas ni cantik, laut terbentang luas dengan dibelakangnya terletak gagah gunung Etna. This is my kind of view…tepi laut atas bukit…bila laaa boleh dapat rumah idaman tepi laut atas bukit + ada vineyard keliling rumah. Eh description macam Cinque Terre pulak. Iye….so far CT tetap no 1 di hati. Harapnya dapat ke sana semula dengan orang tersayang. Ewah….feeling-feeling pulak memandangkan masa aku taip ni dok dengar instrumental La la land OST, maka hati ada berbunga-bunga sikit.

Tiba di pekan Taormina, kami menaiki bus ke dua pula ke Castelmola. Tambang dia 3 euro (return). Cuaca agak panas hari ni jadi kami naik bas lah. Hasratnya dari semalam konon nak trekking/hiking ke Castelmola. Tapi malas pulak. Jadi….short cut je la kita naik bus. Sepanjang bus mendaki ke Castelmola view memang superb. Tepi-tepi lereng bukit ni pulak banyak rumah-rumah mewah mengadap laut. Kaya noo orang-orang sini. Kebanyakkan rumah-rumah kat sini mempunyai design yang menempatkan parking kereta di atas bumbung, manakala rumah mereka dibawah parking berbumbung. Aku pernah terbaca guide line buat rumah tepi lereng bukit ni tak boleh melebihi ketinggian yang ditetapkan. Oleh sebab tu rumah-rumah kat sini memanjang ke bawah.

Memandangkan Taormina ni terletak di atas bukit, bagi sesiapa yang nak ke bawah iaitu ke pantai boleh lah menaiki cable car. Kalau nak lebih adventures boleh juga menuruni trail yang dibina khas untuk pejalan kaki.

rose 7

taormina 1

Jalan ke Taormina melalui lereng-lerang bukit dengan view laut

Castelmola….sebuah perkampungan kecil di atas bukit yang mempunyai view gunung etna & coastaline sebagai tarikan utama. Aku seperti biasa sangat tertarik dengan medieval village & rustic architecture from lava stone. Tu yang membuatkan nak pergi ke sini di samping kedudukannya yang berada di atas bukit mengadap laut feeling-feeling macam Cinque Terre. Jangan tanya aku pasal sejarah kota ni, sebab aku bukan fans sejarah. Haha….selalunya hari ni aku baca buku sejarah minggu depan dah lupa balik. Dekat atas ni ada fortress yang dibagi nama Norman wall. Ni pun aku tau bila baca dekat plaque & ada mini museum. Masuk mini museum ni percuma.

castelmola 3

Permandangan dari puncak Norman Wall

castelmola 2

Typical houses di perkampungan Castelmola

rose 1

Rustic stone wall house yang dijadikan galeri

Di Castelmola ni terdapat small square yang mempunyai beberapa cafe-cafe yang comel. Sambil menjamu selera kita juga disajikan dengan permandangan laut yang membiru. Kami lunch kebab yang dibawa dari Catania pagi tadi. Di hadapan Norman Wall ni terdapat mini park yang juga terdapat concrete bench & kerusi besi di susun mengadap laut dah gunung etna. Wow kelas view lunch kami. Lepas makan kami turun ke kawasan kampung yang mana suasana nya lebih kurang macam Cinque Terre. Cuma rumah-rumah di sini tidak di warnakan dengan pelbagai warna seperti Cinque Terre. 

rose 3

Feeling-feeling sikit lepas kenyang makan kebab

castelmola 8

Castelmola Square

rose 10

Italy & vespa berpisah tiada

rose 12

Satu lagi gambar feeling-feeling. Abaikan parut-parut psoriasis dekat tangan & bawah leher tu. Dia nak mai sat je nak hilangkan parut tu makan tahun

rose 4

Rumah No 1 di Castelmola

rose 13

Eh terbanyak pulak gambar feeling-feeling diva kali ni

Selesai menjelajah Castelmola lebih kurang 2-3 jam, kami naik semula bas menuju ke Taormina untuk menjamu selera. Eh makan lagi. Aku je yang makan cannoli Mr Pappi idok le nak makan dessert-dessert ni. Jumpa pulak satu kedai cannoli gluten free tepi bus stop, rezeki namanya. Order satu cannoli & latte, makan dekat luar sambil memerhati gelagat orang. Ralit je tengok gelagat orang, ada coffee, ada dessert, suhu suam-suam & angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Inilah yang aku suka, cuaca mediterranean tak sejuk tak panas. 

DSC_0271

Saiz sebenar idok le macam ni. Ni replika je

Hari pun semakin petang, kami berjalan menuju ke station bus untuk pulang semula ke Catania. Seperti masa datang tadi, aku menggunakan taktik yang sama, pass Mr Pappi naik bus dulu, cop tempat duduk. Kali ni tak seramai macam pagi tadi. Sampai Catania kami dinner 2 kali. Mula-mula makan beriani dekat port biasa. Lepas tu singgah kedai seafood belakang bnb kami try seafood celup tepung. Kedai ni buka pada waktu malam je memandangkan pada waktu siang kawasan ni menjadi pasar ikan. Dari malam tadi kami tengok ramai nye orang makan kat sini. Ok malam ni kami try. Tak tau nak order yang mana satu sedap, kami order seafood campur seperti yang dicadangkan oleh waiter. Ada calamari, sotong kecik yang tak dibuang dakwat, ikan, siput & tah apa lagi aku pun tak ingat. Dia bagi sekali sos & lemon. Sedap namati. Harga berpatutan iaitu 7 euro (portion boleh makan 2 orang). Aku paling suka sotong yang tak buang dakwat tu sebab rasanya lemak-lemak. Maka menari-narilah kolestrol di dalam badan yek. 

calamari

Dia ni memang menjiwai watak sungguh. Sapa tengok mesti terliur

Maka selesai sudah hari ke 4 kami di bumi Europe. Esok kami akan ke satu lagi medieval village yang terletak di sebelah selatan Catania. Eh aku memang suka sangat dengan medieval village. Memang trip kali ni pergi ke situ je. Mr pappi follow je wife dia. Maklumlah Happy wife happy life. Gitewwwwwww. Matila kalau dia baca ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s