Trip Panggilan Pulau – Day 5 (Sicily Island – Ragusa)

Day 5 – 30 April 2018

This is highlight of the trip – Ragusa Ibla. Perjalanan daripada Catania mengambil masa selama 3 jam. Iye gigih aku naik bas 3 jam pergi 3 jam balik semata-mata nak ke sini. Masih lagi menggunakan method yang sama dengan Taormina iaitu menaiki bas express di bus station yang sama cuma Ragusa ni tak le se femes Taormina yang bersesak-sesak orang menunggu bas ke sana. Tenang je tak perlu rebut-rebut.

Ragusa Ibla adalah ancient city yang dibina di atas limestone hillside & valley telah disenaraikan sebagai salah satu Unesco World Heritage Site. Mempunyai karektor senibina Sicilian Baroque yang unik dan dramatik serta terdapat banyak historic sites, menjadikan ancient city ni tarikan pelancong. Bagi penggemar senibina khususnya Baroque Architecture, tempat ni wajib masuk dalam travel wishlist korang. Ha ah selain makanan aku rasa tenang je bila tengok bangunan-bangunan lama serta ukiran-ukiran beserta detailing & tiles yang disusun-susun pada bangunan. Gila….tengok wall tiles pon boleh tenang. Eh kat site tu aku boleh tengok site workers pasang tiles berejam-rejam sebab rasa puas bila tengok wall / floor tu covered by tiles. Tu kalau tiba-tiba finishes tu tak simetri rasa nak katok je tangan depa suruh bukak balik. Selagi tak betulkan aku hold payment kang….haaa….tau takut.

Ok berbalik kepada perjalanan dari Catania ke Ragusa, sebenarnya ada 2 bus kena ambik untuk sampai ke Ragusa Ibla. Kalau rajin dari main bus station Ragusa ke Ragusa Ibla tu boleh berjalan kaki. Tapi cuaca panas hari tu, kami ambik bus. Tapi bus ni suka hati dia nak mai pukul berapa pon. Maklumlah pekan kecik. Tambang bas return untuk dua-dua bus tu 17 euro seorang. Seperti biasa kami akan tapau halal kebab dari Catania, memandangkan tak nak buang masa nak cari restaurant halal dekat Ragusa. Lagipun kawasan pekan kecik macam ni memang susah nak dapat kedai makanan halal.

Bas akan berhenti di Giardini Iblei iaitu taman yang berada di dalam Ragusa Ibla. Taman ni dijaga rapi dan kita boleh berehat sambil menikmati view gunung disekeliling. Di Ragusa Ibla ni digalakkan berjalan kaki memandangkan keadaan jalan yang berbukit bukau & sempit. Lagipun dengan berjalan kaki barulah boleh explore seluruh pekan. Dengan keadaan mukabumi yang berbukit, jadi memanjat tangga tu adalah perkara yang biasa. Kalau ketaq lutut boleh berehat seketika di cafe-cafe yang banyak terdapat di sini sambil makan cannoli filling with ricotta cheese yang asli. Aku makan 2 bijik jeeeee.

ragusa 12

Welcome to Ragusa Ibla

ragusa 2

Nak dapatkan view ni punya pasal, kena berjalan ke luar sikit daripada kampung beserta panjat tangga sikit je. Sikit je…tu pun 3 kali berhenti.

ragusa 4

Salah satu tangga-tangga kejayaan yang berjaya ditempuh

ragusa 3

Cant get enough with stone wall. Ni lah salah satu sebab aku suka sangat dengan Italy. Mana-mana bangunan pon mesti ada stone wall

ragusa 13

Dari bawah ni kami berjalan kaki ke atas bukit tu semata – mata nak dapat view Ragusa Ibla

ragusa 14

Salah satu beautiful Baroque Church yang terdapat di sini.

rose 5

Gembira nya baru lepas makan kebab sambil menikmati permandangan Ragusa terbentang di depan mata.

ragusa 6

Oleh kerana terdapat penduduk local yang mendiami ancient city ni, jadi sila lah hormat dan jaga tatasusila semasa melewati lorong-lorong sempit tepi dapoq rumah depa. Jaga tone suara anda kalau tak tercekik pulak pokcik/mokcik yang tengah makan pizza kat dapoq tu.

iphone taken ragusa

Salah satu Cathedral yang ada disini. Such an amazing detailing and curving

rumah batu tua

Rumah batu tua di jalanan. View macam ni pun boleh buat aku ralit berjam-jam, rumah batu lama, jalan sempit lorong tikus, kopi & cannoli. Cukop dah.

Ralit punya pasal nyaris-nyaris tak kena tinggal bus ke bus station. Bus last pulak tu. Kan dah kata depa ni ikut suka je nak lalu bus stop mana. Kami tunggu dekat bus stop yang sampai tadi, rupanya dia tak masuk kat dalam. Bus tu tunggu kat luar. Nasib baik ada orang cakap. Maka berlari-lari lah kami kejar bus last tu sebab dah sampai masa bus tu bergerak. Kalau tak kena menapak le ke station bus. Kata driver kalau trip last dia tak masuk ke dalam piazza. Sempat jugak aku makan sebijik cannoli tadi sementara menunggu bas.

Dalam bas lenaaa baq ang sampai Catania. Singgah kedai bangladesh makan nasi lepas tu masa nak balik singgah pasar malam & ada konsert pulak dah dekat area bnb ni sempena malam hari pekerja 1 May. Sini meriah fiesta hari pekerja macam tahun 2013 dulu kami dekat Florence. Macam-macam aktiviti ada untuk pengunjung. Free drinks u olls, maka berduyun-duyun la rakyat jelata turun. Kalau ada free coffee kan bagus, tapi Italian mana ada minum kopi malam-malam. Eh hari ni tak beli apa-apa pon sebab esok ada satu hari di Catania nak shopping. Malam ni nak sapu minyak kat kaki untuk bekalan jalan kaki esok hari. Esok last day di Sicily sebelum ke pulau yang seterusnya.

us 1

Nah satu gambar feeling-feeling kami

ragusa 1

Bye Ragusa. Moga ada peluang berjumpa lagi walaupun bukan di sini mana la tau kot-kot nak p ancient village italy yang lain. Gitew…..dah ada plan ke pun.

Sambung esok cerita berjalan kaki santai-santai di Catania. Kalau letih kita berhenti singgah minum kopi & cannoli.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s