Trip Panggilan Pulau- Day 6 (Sicily Island – Eateries in Catania)

Day 6 – 1 Mei 2018

Hari terakhir di bumi Sicily ni kami ronda-ronda cari makan di bandar Catania & juga cari souvenir murah-murah. Ronda-ronda dengan berjalan kaki sahaja, maklum lah dah makan banyak, kena lah workout banyak. Kali ni aku senaraikan kedai-kedai makan yang kami try sepanjang berada di sini, beserta cost & jenis makanan yang kami cuba.

  1. Casa Delle Crispelle
  • Jenis Makanan – Snek ringan macam cucur ikan bilis.
  • Harga – Dia jual timbang kilo tapi kalau 1 euro tu dalam 2 pcs. Portion 2 pcs tu untuk seorang makan. Tapi oleh kerana sedap, boleh lajak jadi 4 pcs
  • Terletak di Via Vittorio Emanuelle II iaitu 1km daripada main Cathedral Sant Agata. Kalau berjalan kaki dalam 15 min & jalan mostly flat.
  • Recommendation : Ambik yang filling ikan bilis. Ada filling cheese, normal bersalut gula, tapi sedap filling ikan bilis lagi.

 

  • dsc_0071

    Kanan tu sweet kiri tu savoury

     

2. Savia

  • Jenis Makanan – Pastry & Dessert
  • Harga – 0.80 – 3 euro bergantung kepada jenis pastry, cake & dessert.
  • Terletak di Via Etna iaitu 1km daripada main Cathedral Sant Agata. Kalau berjalan kaki dalam 15 min & jalan mostly flat.
  • Recommendation : Aku try satu jenis dessert sahaja memandang kan banyak lagi kedai lain nak try. Local people recommend cannoli. Memang sedap cannoli dia, aku ambik ricotta cheese, creamy sungguh & pastry cengkerang dia crispy & berperisa
dsc_0966

Besar cannoli dia. Makan satu dah cukop

 

3. Scirocco Sicilian Fish Lab

  • Jenis Makanan – Kalau bahasa melayu nye ala -ala ikan celop tepung (ICT)
  • Harga – 2 euro – 7 euro
  • Terletak berdekatan dengan fish market & main Cathedral Sant Agata. (Belakang Bnb kami je ni )
  • Recommendation : Kami try seafood celop tepung yang diletakkan dengan pelbagai jenis seafood seperti sotong, kepah, udang, ikan & etc. Harga nya 7 euro. Boleh makan 2 orang. Tapi kalau taknak partner korang tu makan lebih dari korang dinasihatkan beli sorang satu. Aku baru satu suap dia pun satu suap tapi satu suap dia tu penuh lidi tu dia isi dengan calamari.
dsc_0313

Konsep nya macam fast food. Beratoq, bayaq & makan

 

4. Prestipino Eventi & Catering

  • Jenis Makanan – Dessert, pastry & coffee
  • Harga – Bawah 10 euro. Cost breakfast aku pagi tu 2 euro (Kopi + Croissant)
  • Terletak berhadapan dengan main Cathedral Sant Agata
  • Recommendation : Kami try feeling-feeling breakfast ala Italian minum kopi & makan roti depan table top cashier. Aku try espresso & charcoal croissant. Croissant dia sedap gile sebab ada rasa macam rose sikit.
breakfast like italian

Ish…mana cukop ni. Sat lagi kena cari nasi la wey

 

5. Antichi Sapori

  • Jenis Makanan – Appetizer & Main course
  • Harga – Dia ada jual budget meal serendah 3 euro memandangkan kawasan ni adalah kawasan student.
  • Terletak di Via Vittorio Emanuelle II iaitu 400m daripada main Cathedral Sant Agata. Kalau berjalan kaki dalam 5 min & jalan mostly flat.
  • Recommendation : Kami try vegetarian lasagna, seafood risotto, sautee mushroom & artichoke. Harga 11 euro. Risotto tu boleh makan 2 orang. Rasa macam kenyang dah tapi lepas tu abam remy p cari nasi beriani kat kedai bangladesh pulak.
lunch in italy

Kalau share 3 orang pon cukop ni. Portion risotto & lasagna dia memang tak kedekut

 

6. Kedai nasi Campor halal (Owner Bangladesh)

  • Jenis Makanan – Nasi campoq & Nasi Beriani
  • Harga – serendah 3 euro (Hari-hari mesti singgah sini. Maklom laaa abam remy sahak tekak mamak)
  • Terletak di Piazza Carlo Alberto berhampiran flea market iaitu 900m daripada main Cathedral Sant Agata. Kalau berjalan kaki dalam 12 min & jalan mostly flat.
  • Recommendation : Oleh kerana hari-hari datang sini semua lauk kami try. Paling best mestilah kari kambing. Chicken ala-ala masala pon layan. Selalu nya kami ambik nasi putih & 2 jenis lauk. Nasi putih kalau nak tambah dia bagi free. Sepanjang makan kat situ range harga dari 3 – 8 euro. Bergantung kepada jenis lauk yang kita ambik.
  • Hari-hari mari sini tapi gambaq satu pun takdak. Punya la lapaq sampai takdak gambaq. Aritu rasanya ada ambik letak dalam insta story. Sapa nak tengok boleh la follow insta cheq -hahaha suruh follow pulakkk.  My insta : rossdowsen.

Cukop la kot 6 tempat makan yang kami cuba di Catania. Ada banyak lagi tapi aku dah ingat-ingat lupa kat mana terletak nye kedai-kedai tu. Ada la yg cannoli dia suam-suam kuku tu aku tak nak rekemen. Ni kiranya kedai-kedai ni adalah antara yang sedap la yang kami dah try & yang paling penting harga dia tak menyebabkan angpa berlapaq & buat Intermittent Fasting sepanjang angpa travel. Eh maggi pun kami bawak jugak dari Malaysia…tu wajib. Kalau tengah-tengah malam jet lag tu lapaq2 mana nak cari kedai kan pukol 4 pagi,  maka masak maggi makan dengan serunding daging. Nikmat sungguh.

Ok u olls….jumpa kita lagi dalam cerita di Pulau yang seterusnya…..Malta. Terima kasih Sicily untuk senibina hebat yang mengasyikkan & makanan yang tidak mengecewakan. Cannoli angpa cheq ingat sampai bila-bila. Ciao !

dsc_0269

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s