Rindu Tiada Noktah – Alfatihah

16 Februari 2019

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un untuk travel buddy aku Ariel. Kalau sesiapa dah baca cerita Italy 2013, Perth, Hatyai, Bandung mesti tau kan travel buddy aku bernama Ariel. Berita ni sangat memilukan bila mana adik aku (Lia) dapat panggilan dari adil Ariel petang semalam yang abang nya sudah tiada. Memang dia warded kelmarin, tapi mengikut mesej adik dia, keadaan dia stabil. Kami sekeluarga pulak berada di Ipoh & lia dah seminggu cuti jaga abah di hospital. Cadangnya hari ni baru nak melawat Ariel kat Hospital Sungai Buloh. Tapi sapa sangka dia pergi dulu dengan tiba-tiba. Ya Allah kami semua terkejut. Petang tu jugak kami bergegas balik ke KL. Meninggal pada pukul 2 petang, tapi segalanya selesai sehingga dikebumikan selepas isyak. Alhamdulillah kami sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Kata Lia….arwah ada mintak buat reunion masa cuti CNY, tapi masing-masig sibuk. Normi bergelut dengan final exam kat Penang, Kami pulak kejap-kejap kat HKL, kejap-kejap kat Ipoh menjaga abah, yang lain-lain ada aktiviti masing-masing dengan family. Tapi semalam akhirnya permintaan arwah menjadi kenyataan bila mana semua berkumpul memberikan pernghormatan terakhir kepada arwah. Berjaya jugak ko buat reunion Ariel. Pedih sungguh reunion kali ni & lepas ni paling pedih lagi bila kami mula merasa rindu. Betul lah tu orang kata rindu paling sakit adalah rindu pada yang sudah tiada.

Kata lia aku susah nak menangis, tapi semalam first time agaknya dia tengok aku menangis. Abam Remy pun bersemangat mencantikkan rumah terakhir ko Ariel, tercungap-cungap dia mencangkul tanah liat yang ditimpa hujan tu. Takpe…dia bawak pam tu. Lepas dia pam sedas dua nanti, elok lah tu.

Abah aku tak tau lagi ni Ariel yang ko dah pergi dulu dari dia. Ko ada kata nak tengok abah kat hospital ipoh minggu ni kan, tapi ko pulak masuk hospital. Aku ingatkan next week ko dah boleh keluar hospital, so boleh lah kita konvoi pergi ipoh ramai-ramai dengan Marina & Abang Tomoe.  Tapi rupanya kami yang konvoi ramai-ramai hantar ko Ariel. Dalam ramai-ramai ni nasib baik Syaini ada kat KL. Dia & mama lah  yang teman ko menaiki kenderaan terakhir dari hospital ke surau rumah. Bila tengok mama ko Ariel…. Ya Allah aku rasa dialah mak yang paling tenang di dunia ni. Di hadapan kami semua, dia sangat tabah. Tapi dalam hati dia takde sapa yang tahu.

Lepas ni aku dengan syaini le yang kena drive kete kat oversea. Nak harapkan lia, syaini kata 40km sejam dia drive. Laju sikit dari basikal je kelajuan dia. Kenangan ko drift kat Rome sebab nak kejar kete minah italy tu memang aku ingat sampai bila-bila. Memang ada je kan isu-isu panas kalau travel. Takde isu tak sah. Beg yang beli kat Venice tu ada lagi tak? Ala yang ko & abam remy jadi sprinter 100m tu sebab kedai tu nak tutup dah. Sebab esoknya kita bertolak awal dari Venice ke Florence, jadi kedai tu tak bukak lagi, maka petang tu baru sedar yang kena beli beg tu petang ni jugak. Masa tu lagi 10 minit kot kedai tu nak tutup, korang lari macam nak kena tinggal flight tinggal aku kat belakang. Abam remy tak ingat dah kat bini dia yang macam nangka bergolek kat belakang ni. Eh aku berlari jugak, agaknya gegar tanah venice masa tu.

Kat Perth jangan lupa yek kisah Prawn Petai. Mamat thai tu kata prawn padthai, tapi kita dengar prawn petai. Syok gile la kita semua sebab tak sangka kat OZ ada petai. Sekali yang datang kowteau goreng taruk udang. Harey sungguh aih….ni lapaq sangat ka apa kita ni sampai rosak pendengaran sorang-sorang. Tapi kowteau pon kowteau la kan…kita sebat jugak sampai licin pinggan.

Banyak gila Ariel gambar travel ko kat aku. Masa kat Tuscany camera ko jatuh, maka dslr abam remy tu penuh gambar ko je la. Lepas Tuscany kita ke Rome, tempat wishlist ko. Jadi memang melambak-lambak le gambar ko dalam camera abam remy. Satu tempat sampai 10 pose ko buat. Bukan apa…balik kl abam remy pass memory card kat aku. Yang nak edit nye aku laaaaaa. Abam remy bagi arahan je. Aku rasa album Rome tu dah macam album kawen ko Ariel sebab penuh dengan gambar ko je. Baru lah aku tau rupanya ada sebab kenapa camera ko jatuh kat Tuscany, rupanya ko nak suruh kami simpan semua gambar-gambar ko buat kenangan. Rupanya ko nak pergi dulu dari kami, jadi kalau rindu kami boleh view balik gambar-gambar kita masa travel.

Oh ya….last mesej dari whatsapp aritu ko ada bagi link voucher discount air bnb. Insya Allah aku akan guna voucher ni untuk trip dengan Lia, Syaini & Zam this year.

Rehatlah Ariel….sampai masa kami juga akan menyusul. Terima kasih atas kenangan-kenangan manis yang kita bina bersama.

aeril 1

 

 

13 thoughts on “Rindu Tiada Noktah – Alfatihah

  1. Allahuakbar, Innalilahiwainailaihirojiun.
    Salam takziah utk Kak Ros/abam remy diatas pemegian shbt travel ini…ulang balik baca trip Italy tu nmpk muka dia..
    sy tk kenal pun dia tapi sy terkejut dia dh meninggal noo..Allahu.
    Sabaq k.ros naa..Allah sayang dia..DIA amik cpt..tenung gambaq ja lps ni noo…

    Al Fatihah untuk aruah Ariel, moga rohnya dicucuri rahmat dan Allah tempatkan dia dia dikalangan orang2 yg beriman.Aamiin.

  2. Semoga allahyarham di tempatkan dikalangan orang-orang beriman….
    saya juga terasa kehilangan AY Ariel… tiada lagi arahan seperti biasa
    “Boss stanby”
    “Boss Follow Cue Sheet je”
    “Boss jangan lebey2 tau”
    “TQ boss”
    Itu antara bait2 ayat yang keluar dengan ikhlas dari mulut AY Ariel…

    Al Fatihah

  3. Sakit menahan rindu tu memang perit. Betul. Lagi2 bila dah selalu ada sekarang tiada. Tak ada abg yg membebel kuat komplen apa yg aku buat. Pegang walkie talkie seperti mendengar suara dia bagi que. Kawan2 produksi ketara sgt merasai kehilangannya. Semalam program pertama yg meriah sepatutnya tapi sayu dan sepi menyelubungi majlis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s