Trip Panggilan Pulau – Day 7 & 8 (Valetta – Malta)

Day 7 & 8 – 2 & 3 Mei 2018

Flight Ryan air dari Catania ke Malta mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Dari BNB kat Catania ke airport tadi kami naik prebet sapu. Dekat bus stop tu memang satu bus je yang akan berhenti iaitu bus ke airport. Jadi tiap kali nampak pelancong menunggu bus akan ada prebet-prebet sapu offer untuk hantar. Ada sorang pakcik ni offer kami dengan harga yang sama dengan tambang bus ke airport. Why not kalau dah harga sama. Tak yah le kami tunggu lama.

Sampai di airport Malta pula kami ambil bus awam untuk ke bnb. Tapi sebelum tu di airport kami beli Tallinja Card yang berharga 15 euro untuk 12 kali penggunaan. Boleh share tak perlu beli sorang satu. Card ni boleh digunakan untuk menaiki bus yang terdapat di Malta. Masuk la ceruk mana pun ada je bus pergi ke setiap ceruk di Malta ni, cuma kena pandai rancang & tahu jadual bus. Nak tahu bus mana, no berapa, pergi ke mana senang je. Bukak je google map taip direction dari mana ke mana, pilih option public transport. Dekat situ akan keluar no bus berapa, pukul berapa bus sampai (mengikut waktu terdekat yang kita nak)  & tempoh perjalanan.

Sekali lagi pilihan kami adalah airbnb bagi penginapan di Malta. Kali ni kami pilih untuk menginap di private room di sebuah rumah yang terletak di area St. Julian. Perjalanan dari airport ke St Julian mengambil masa lebih kurang 50 minit. Tak jauh pun dalam 10 km je, tapi dah naik bus yang berhenti-henti memang le lambat. Keluar dari airport dan memasuki bandar Malta kami dihidangkan dengan bangunan-bangunan yang mempunyai ciri-ciri Maltese Baroque architecture & material structure kebanyakkannya diperbuat daripada limestone. Geology kepulauan Malta adalah daripada compacted rock sediment yang terhasil selama berjuta-juta tahun dahulu. Tidak hairan lah kenapa kebanyakkan bangunan disini diperbuat daripada limestone kerana sumber ini mudah didapati di bawah lapisan Mediterranean.

bnb

View daripada balcony bnb

Nak sampai ke bnb ni agak tricky sikit sebab bus tak berhenti dekat depan umah. Kena berjalan kaki masuk celah tepi rumah orang. Nasib baik ada google map, takde lah sesat larat sebab i olls yang lead. Kalau abam remy yang baca map wassalam lah, tengah malamle kot baru sampai. Bab-bab baca map ni jangan bagi dekat dia kalau taknak peristiwa kat hatyai berulang. Dia suka baca map yang end up ke arah jalan opposite from the actual direction. Kami sampai ke bnb tepat pada masa yang dijanjikan dengan host. Host siap puji lagi kata pandai no angpa cari rumah dia. Kembang sat idung cheq.

Setelah berkenalan dan beramah mesra dengan host, kami keluar semula. Jalan-jalan takde tujuan, tapi kami akan ke Valletta bandar Malta yang femes dengan Maltese Baroque architecture. Cuaca sangat windy petang ni, sejuk gile dengan angin yang kuat. Struktur mukabumi Valletta ni berbukit, jadi di sepanjang jalan ni kita kena turun naik tangga & finishes walkaway daripada cobble stone terasa seolah-olah berada di Istanbul. Jadi sila lah pakai kasut yang bersesuaian kalau tak nak sakit tumit.

valletta 2

Salah satu lorong di Vallette

valletta 5

Traditional Maltese Balconies

Apa yang buat bangunan di Malta ni unik adalah colorful Maltese Balconies yang diperbuat daripada kayu. Ada yang mengatakan senibina ini datangnya dari arab. Tapi kalau tengok dekat istanbul pun ada jugak ciri-ciri tingkap yang macam ni, jadi mungkin jugak ada influence of Uthmaniyah di Malta.

valletta 6

valletta 7

Pengaruh british dengan senibina victoria

Pengaruh kemasukkan british ke Malta juga menyebabkan terdapat sebahagian daripada senibina di sini mempunyai rekabentuk ala victorian. Ciri-ciri victorian jelas kelihatan pada bangunan-bangunan yang kebanyakkannya tinggi, sempit, bertangga, & mempunyai decorative narrow moulding. Ok aku dah kata ni trip tengok bangunan yek & aku boleh mengadap belek moulding ni berejam-rejam sambil feeling-feeling mengadap laut. Sebelum ke valetta kami dah belasah kebab dekat kedai turkey kat St Julian. Harga berpatutan siap ada chai lagi. Sepanjang jalan di sini yang berbukit & bertangga ni terdapat kedai-kedai, bar & cafe. Sempat jugak minum kopi secawan sebab cuaca windy sangat. Ahaaa…..dah windy-windy ni rasa nak terkucil tu pon ada, jadi selain minum kopi boleh la guna toilet depa.

 

rose 12

Tu dia…..kulit itam legam. Berjemur syok noo

valletta 8

Birgu view from Barraka Garden

valletta 9

Sepatutnya kami nak tengok upacara tembak-tembak meriam ni, tapi kami sampai dah lewat

rose 7

Maka jadilah upacara posing-posing syok sendiri

rose 2

Masa ni ada pameran green building dekat tengah-tengah pekan ni

Selain nak terkucil windy-windy lapaq cepat. Kami ambik beberapa keping gambar di Barraka Garden ni, lepas tu jalan kaki ke bawah bukit (nasib baik turun bukit) menuju ke Hard Rock Cafe. Opps bukan makan kat situ, kami singgah Hrc sebab beli kiriman baju kawan-kawan. Salah satu baju yang aku beli adalah baju kiriman arwah Aril. Siap buat video call punya la nak tunjuk kat dia design mana dia nak. Hrc di Malta ni ada 3 outlet, 1 kat St julian, 1 kat Valletta & 1 lagi kat airport. Yang kat Valletta ni cantik sebab betul-betul tepi port mengadap laut.

Lepas di Hrc kami ambik bus ke St Julian untuk dinner kat kedai Turkey. Kali ni hazab jugak tadi punya la sedap jalan kaki turun bukit, kali ni nak ke bus stop kena panjat bukit. Dah la windy, rasa nak tercabut lutut. Kos dinner malam ni 12 euro sorang. Oleh kerana ramah sangat abam Remy, dapat la free chai & baklava. Biasalah dia, bercerita pasal makanan-makanan yang dia try kat Istanbul, excited owner kedai dengaq dia bercerita.

Dari kedai makan ke bnb kami berjalan kaki, berhenti kejap beli groceries roti & chips. Sampai rumah ntah macamana lapaq balik…..dah kata dah kalau sejuk manjang lapaq. Masak maggi kari ar…nikmat sungguh sejuk-sejuk masak maggi. Masa balik tu guest bilik sebelah dah sampai & bersiap-siap nak keluar. Guest bilik satu lagi memang tak nampak-nampak muka dari siang tadi, maka dapur malam ni milik kami. Lepas makan mata mula kuyu. Nak keluar balik tak larat dah. Kita sambung esok je la. Esok pagi-pagi kami akan ke Mdina atau dikenali sebagai Silent City.


rose 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s