Kota Mahal London

Day 11 & 12 – 6 & 7 May 2018

Orang lain dah sampai awai dah sini, kami baru nak merasa. Selalunya sapa-sapa yang mula-mula nak jejak europe akan jejak kaki ke London dulu. Kami ni round tempat lain dulu, kali ke 3 jejak europe baru la mai singgah kota mahal ni. Tu pun sebab Norwegian airline yang offered tiket murah. Kalau tau memang tak jejak le lagi. Tak perlu la kot aku cerita apa yang ada kat sini, semua orang tau dah macamana rupa London. Cuma nak habaq kalau sapa-sapa nak makan nasi campoq murah selain dari kat Malaysian Hall boleh lah try naik bus sampai Shepherd Bush & cari kedai nasi campoq dengan harga 3 pound.

Ni tahun 2018, according june dia p baru ni dah naik harga sikit. Tapi still affordable & murah berbanding Malaysian Hall sebab lauk yang dia letak dalam bekas nasi kita tu banyak gila. Selagi tak penuh, selagi tu dia isi. Kami tapau & makan dekat park yang berdekatan dengan pasar Shepherd Bush. Di pasar ni terdapat banyak sumber daging halal dijual. Well abam remy kan peramah, dia jalan-jalan jumpa dengan orang malaysia yang meniaga dekat dalam pasar tu. Selain daripada nasi campoq halal kat situ, ada banyak jugak kedai-kedai makanan halal yang lain seperti kedai fast food ayam goreng ala-ala kfc. Oh ye…dekat park tu ada wifi free, jadi lama lah aku melepak kat situ.

DSC_0065

Kedai nasi campoq 3 pound. Selain dari nasi dia ada jugak jual yee mee ala-ala mee ladna. Ni pun nampak sedap

BNB kami dekat Leinster Gardens tak berapa jauh dari false facades building. Bagi yang tak tau pasal cite pasal false facades building di Leinster Garden ni bolehlah  google & baca. Dari BNB ke Shepherd Bush senang je dengan menaiki satu bus, boleh juga berhenti dekat Notting Hills & Portobello Market. Memandangkan hari kami di sini bukan weekend, maka tak merasalah abam remy merasai kemeriahan Portobello Market. Harga BNB satu malam RM 250. Tu pun susah nak dapat yang lagi murah sebab area yang kami duduk ni kawasan orang have-have. Punya la nak merasa duduk area orang have-have maka, sampai ke ceruk kampung la kami mencari makanan murah 3 pound. Lagi pun dengan oyster card, maximum deduction per day adalah 4.5 pound (menaiki bus). Jadi turun naik la bus seberapa kerap dan jauh yang angpa suka, maximum 4.5 pound sahaja. Tu yang dari Shepherd Bush kami duduk je dalam bus sampai le Elephant Castle, takdak sapa nak marah, kecuali driver bus suruh turun di last stop. Lepas turun, kami lepak dekat park di Elephant Castle sambil makan roti yang dibeli di Tesco berdekatan sambil dengar busking ala-ala britain’s got talent. Power seh suara depa. Satu lagi nak habaq…..kalau guna debit card tu berhati-hati le sebab kalau kat Malaysia tu pukol 12 tengah malam, memang tak boleh pakai la card angpa. Nasib baik la abam remy ada lebihan siling pound dalam poket semasa nak bayar roti kat tesco tu. Jom lah layan gambaq feeling-feeling kami kat London.

rose 5

rose 3

london 9

london 7london 2london 8london 3london 5london 6london 4london 16london 15london 11london 12london 14

Cukoplah 3 hari 2 malam di kota mahal ni. Hati kami nampaknya bukan di sini….masih lagi tertinggal di Italy agaknya. Kalau ada rezeki kami, adalah cerita pasal Italy lagi. Dah jom lah balik Malaysia menoreh balik demi sebuah trip setiap tahun. Sampai jumpa lagi dengan cerita trip tahun 2019 yang penuh dengan drama. Lagi ramai ahli lagi banyak la drama.  Trip 2019 ni lebih dari 2 orang & abam remy tak join.

Iye…..i olls tak bawak boifren i olls kali ni. Saja nak test mampu ke tak. Balik je dari trip tu terus abam remy kata lepas ni takde dah nak buat trip sendiri. Cukop lah sekali katanya. Haha…ok la ok laaaaa. Jumpa lagi nanti dalam next story. Daaaa.

us london

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s