Trip Panggilan Pulau – Day 9 & 10 (Mdina, Dingli Clift, Sliema & Marsaxlokk – Malta)

Day 9 & 10 – 4 & 5 May 2018

Oleh kerana hari pertama kami datang ke Mdina pada hari jumaat dan terdapat persiapan festival medieval yang akan dilaksanakan pada hari sabtu dan ahad, maka kami setuju untuk berkunjung ke sini pada keesokkan harinya. Gile bila lagi nak merasa kehidupan seperti zaman silam ala-ala cite The cave of The Golden Horses.

Mdina….ataupun dikenali juga sebagai silent city adalah sebuah kota lama yang terletak di northern region Malta. Pernah dijadikan shooting location Game Of Throne, menjadikan kota ini adalah tempat yang wajib dikunjungi sekiranya ke Malta. Aku pulak sangat tertarik dengan senibina kota ini yang mempunyai high wall daripada limestone yang menutupi silent city ini. Terdapat jambatan pejalan kaki yang menghubungkan jalan utama dengan pintu gerbang Mdina yang berwarna kuning dan dikibarkan bendera Malta di atas pintu gerbang tersebut. Para pengunjung yang mempunyai kenderaan haruslah meletakkan kenderaan di parking yang disediakan bersebelahan pintu masuk utama kota Mdina. Tiada kenderaan luar dibenarkan untuk berada di dalam kota ini.

Pada hari pertama aku ke sini, target nya nak minum kopi dekat cafe yang famous di sini iaitu Fontanella Tea Garden. Tudia nak minum kopi sampai Malta ang cari. Yang best nye cafe ni, sambil makan cake kami boleh menikmati view di luar kota Mdina. Kata review, chocolate cake di sini sedap. Masa kami sampai agak ramai orang, tapi abam Remy tetap nak jugak tunggu sebab nak dapat meja yang dapat view yang aku nak tu. Oleh kerana nak jugak meja yang best tu, dia sanggup tunggu lama sikit. Tapi service kat sini tip top. Waiter dia very friendly & sangat membantu. Maka boleh la kami feeling-feeling minum kopi makan cake sambil mengadap view di luar kota.

Pada hari ke 2 kota ini sangat meriah dengan aktiviti-aktiviti zaman purba seperti jualan cenderamata oleh penduduk yang memakai kostume-kostume zaman purba, permainan rakyat, pertunjukkan silap mata, pameran peralatan perang zaman purba, pertunjukkan pancaragam & permainan baling-baling kain bendera. ( hahaha aku tak tau istilah dia apa…tapi sambil main pancaragam depa baling2 bendera yang besaq-besaaq kayu dia besaq lengan)

Jom kita layan gambar sepanjang hari pertama & hari kedua di Mdina.

rose 1

Welcome to Mdina- Silent City

mdina 12

Silent City yang meriah dihias cantik

mdina 1

mdina 2

View dari Fontanella Tea Garden

mdina 8

Bersama-sama dengan abam penjual cenderamata

mdina 11

Cantik nya costume depa secantik orang nya

mdina 5

Boleh jugak kalau nak mencuba costume ni untuk bergambar

mdina 6

Kanak-kanak comel turut sama menjayakan medieval festival ini

mdina 4

Sini makcik-makcik tak potong bawang

mdina 9

mdina 10

salah satu gerai yang terdapat di dalam festival ini

mdina 3

Ada juga pertunjukkan burung. Eh biru mata depaaa

rose 5

ok….letih dah jom kita cari makan

Dari Mdina ke Dingli Clift dah tak jauh mana, kami seperti biasa turun naik bus menggunakan Talinnja Card untuk ke Dingli Clift. Matahari atas kepala oiii time ni, jadi kami tak spend masa yang lama dekat clift ni. Lepas tu terus ke Sliema untuk makan & cuci-cuci mata tepi laut sambil ambil gambar. Sliema ni asalnya sebuah kampung nelayan tetapi telah dimajukan menjadi kawasan resort, pusat membeli belah dan waterfront promenade yang menjadi tumpuan pelancong. Bukanlah menjadi jiwa kami kawasan ni, tapi dekat sini terdapat banyak kedai halal memandangkan ramai pelancong timur tengah tertumpu bercuti dikawasan ini malah ada yang mempunyai hartanah di sini.

DSC_0224

Panas lit-lit jalan kaki menuju ke clift

DSC_0216.JPG

 

sliema 3

View dari Sliema

sliema 1

Malta bus yang femes pada suatu masa dulu

rose 1.jpg

Pada hari ke 10 trip ini, kami sempat menghabiskan masa petang kami ke Marsaxlokk iaitu sebuah perkampungan nelayan yang femes dengan seafood yang murah. Kami sempat mencuba sebuah restaurant yang harga berpatutan milik sebuah keluarga dari timur tengah. Memang sedap gile ikan grill dia. Malam ini flight kami ke London adalah pada pukul 2 pagi, jadi selepas makan malam di Marsaxlokk kami terus bertolak ke airport. Aktiviti kami di Marsaxlokk adalah santai-santai tepi laut sambil melihat nelayan balik & membersihkan bot yang pulang dari laut. Marsaxlokk ni kampung kecil yang comel dan mempunyai penduduk yang ramah. Kebanyakkannya adalah warga tua manakala yang muda pula adalah pekerja yang datang dari Indonesia, Filipina dan terdapat juga pekerja Bangladesh. Kami juga disapa oleh seorang warga filipina dalam bahasa tagalong. Katanya rupa kami macam filipina, dia ingatkan orang kampung dia. Aku tau satu je perkataan depa iaitu pangakosayoo tu pun tajuk drama yang mak aku selalu tengok kat tv3 dulu. Dari Marsaxlokk ke airport kami menaiki bus dan nasib baik la driver bus bagus, dia guide kami macamana nak pergi airport. Sebenarnya kena salin bus lain dipertengahan jalan. Dia berhentikan kami di bus stop yang sepatutnya kena pada time bus ke airport tu sampai. Bas yang menuju ke airport ni memang berhenti betul-betul di luar airport. Tak jauh mana pun kami berjalan ke dalam airport. Sangat mudah & senang menggunakan kemudahan bas awam di Malta. Jom layan gambar-gambar di Marsaxlokk sebelum esoknya kami akan bertukar cuaca dari warm med kepada sendu sepi gloomy sepanjang hari. Hurm kalau tak kerana kami naik norwegian air dari singapore ke London, memang tak la kami nak touch down kota termahal ni. Tapi nak sedapkan hati takpa…….nanti kita shopping baju budak-budak kat primark.

mars 12

Salah satu bangunan yang terdapat di sini yang telah dibaik pulih

mars 13

Bot-bot nelayan

mars 2

Sebahagian daripada cafe & restaurant

mars 7

Kami bersama-sama dengan pasangan owner kedai

mars 10

Bangunan di sini yang mempunyai unsur-unsur timur tengah

mars 8.jpg

rose 7

Bye Malta. Panjang umo kita Jumpa lagi tapi tak tau la tahun bila.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s