Czech Republic Kota Senibina Yang Mengasyikkan – Day 1 (Brno)

Day 1 – 27 March 2019

Harga tiket tak lah murah sangat, tapi demi untuk merialisasikan impian kami ber 4, maka harga tiket kami agak mahal sikit memandangkan tempat-tempat yang nak pergi ni jaraknya agak jauh antara satu negara ke satu negara. Iye….kali ni tanpa abam remy sebab aku kena bawak adik debab aku sorang ni. Impian dia nak ke Istanbul, selalunya kalau aku dan abam remy travel dialah yang jadi maid aka mak tiri aka mak cinderella untuk 3 stooges aku kat kl tu. Kali ni abam remy kena ambik alih tugas mak cinderella ni, sebab mak cinderella ni nak berjalan pulak. Asalnya memang memang ada cita-cita nak buat trip gegirl sahaja, marina, syaini & nomi. Tapi tak kesampaian lagi nampaknya. Tapi syai kata nak join cuma nya dia kena bawak husband tercinta Zam artis conteng kasut kita. Hasrat derang ber3 nak ke istanbul je, tempat-tempat yang lain tu derang follow aku je. Discuss punya discuss jadilah trip ni bermula dari KLIA – Frankfurt (Transit) – Prague – Brno – Cesky Krumlov – Praha – Cappadoccia – Istanbul – Singapore (Transit) – KLIA. Kami memilih untuk mencuba flight tambang murah Condor airline daripada KLIA ke Prague yang akan transit di Frankfurt. Manakala tiket balik pula daripada Istanbul ke Kuala Lumpur dengan menaiki Singapore Airline yang akan transit di Changi selama 2 jam.

Review Condor airline

  1. Makanan
  • Tiada muslim meal tetapi ada option vegan & vegetarian food. Vegetarian Pasta dia sedap. Roti juga dihidangkan suam-suam, manakala side dish yang lain juga sedap & memenuhi citarasa

2. Room Leg

  • Agak sempit berbanding premium airline kelas economy. Condor airline ni ada 3 kelas, ekonomi, super ekonomi ( if not mistaken) & business class. Kalau nak selesa sikit upgrade ke super ekonomi. Untuk orang yang katik kecik molek macam asia ni ok la, tapi baka besaq european macam aku ni ( haha) memang terlanggar lutut kat seat depan.

3. Entertainment

  • Agak limited, kalau nak boleh upgrade dengan bayar a few europe untuk dapatkan movie, music yang lebih menarik. Aku dah download lagu siap2 dalam phone aku. Earphone kena bawak sendiri kalau tak boleh beli kat dalam penerbangan.

4. Lain -lain

  • Harga tiket termasuk hand baggage – 10 kgs & check in luggage – 15 kgs. Untuk vegan/vegetarian food kami tambah 90 ringgit lagi daripada harga tiket. Harga tiket one way kami dari KLIA – Prague overall dalam RM 1300.
  • Process check in di KLIA lancar, beg juga sampai ke destinasi terakhir dengan selamat.

food condor

condor airline

Condor Airline

Transit di Frankfurt dalam 4 jam kalau tak silap. Eloklah ambik 4 jam sebab airport Frankfurt tu besar yakmat. Nak ke gate seterusnya tu kami naik shuttle train. Syaini yang pernah transit dekat sini kata ada juga shuttle bas, sebab dia bawak rombongan koir masa ke Vienna dulu, jadi kali ni kami ambik shuttle train pulak. Untuk masuk semula ke gate kami kena melalui imegresen, passport kami di cop di Frankfurt jadi di Prague nanti kami tak perlu melalui imegresen. ( note : abam imegresen shift pagi kat frankfurt airport ni ensem2.)

Oh…oleh kerana abam remy tak follow, jadi mana-mana gambar yang ada watermark aku tu, memang gambar tu aku yang ambil. Yang takde watermark tu adalah gambar daripada Zam. Tq zam sebab jadi photographer kami. Walaupun boifren tak follow, tapi gambar aku berpuluh-puluh keping tau.

frankfurt airport

Singgah Frankfurt sat na

us in airport

Our next flight to Prague

Flight kami delay masa dari Frankfurt ke Prague. Maka bus dari airport ke Prague City Central dah terlepas. Aku beli online bus Regiojet tu sebab memandangkan kami takde lagi duit Czech Koruna, aku ingat nak tukar kat city je. Tu yang book online tiket bus. Tapi dah terlepas kami beli tiket baru. Nasib baik murah je tiket tu. Apa yang best nya Czech ni public transport dia murah. Tiket public transport dia boleh beli ikut berapa lama kita guna. Contohnya kalau nak guna public transport within 90 minit sila beli tiket dengan harga 32 kc. (32 kc lebih kurang 6 ringgit). Angpa turun naik le berapa kali bus/metro/tram pon, janji sebelum naik transport awam yang pertama validate dulu tiket tu. Gunalah sampai habis masa. Jangan menipu sebab banyak operator akan round dalam metro mintak kita tunjuk tiket. Once kena tangkap kena bayar denda berganda-ganda mahal.

Dari airport ke city, boleh naik bus. Macam kami yang akan ke Brno menaiki bus di Florenc Bus Station, dari airport kami naik bus no 100. Sampai di station Zlicin, ambik pulak metro line B ke Florenc Bus station. Haaa kat metro ni maklumlah mula-mula sampai, peghark sikit tu ada sebab metro dia cantik wall dia ada color2. So tersalah arah ke station ke belakang. Jadi turun naik metro lah tukar-tukar arah. Dah la nak catch another bus ke Brno, lepas tu boleh pulak salah-salah arah. Sampai dekat station metro Florenc nasib baik lah sebelah tu je bus station dia. Tu pun tanya orang, rupanya selangkah je dari metro station. Dari airport ke city centre lebih kurang sejam le kalau angpa tak salah station & ambik gambar dalam station.

bus ticket

Gembira nya selepas berjaya beli tiket di bumi Czech buat pertama kalinya.

 

ticket bus

Contoh tiket yang kami beli dari airport ke Florenc bus station


us in metro

Ni salah satu sebab kenapa perjalanan sejam dari airport ke city akan bertambah menjadi lebih dari sejam.

Kami akan ke Brno dulu hari ni. Selepas Brno akan ke destinasi lain kemudian barulah kami jelajah Prague dan kawasan sekitarnya. Perjalanan ke Brno dengan menaiki Flixbus mengambil masa hampir 3 jam. Kat mana Brno? Brno adalah sebuah bandar yang terletak di daerah selatan moravian. Bandar ni dikenali sebagai bandar universiti dan juga mendapat jolokan little vienna. Berdasarkan pengamatan kami selama 3 hari 2 malam di sini, Brno ni laidback city yang penuh dengan hipster cafe & market. Gabungan modern & klasik architecture building menjadikan bandar ni unik. Golongan muda melepak dekat cafe, golongan tua melepak chill-chill tepi pasar tani.

us in centre brno 2-2

Bandar Brno

brno central

brno central 2-2

Apa yang menarik nya masa kami nak check in ke BNB, memang selalunya host akan letak kunci somewhare, tapi tak sangka pulak kali ni dia letak tempat yang tak terjangkau di akal. Arahan dia dalam apps air bnb, dia letak kunci di depan bangunan apartment dia. Kami ingat dekat pintu masuk le kot. Sekali dekat pintu masuk tu takde apa-apa peti pun. Yang ada hanya lah loceng-loceng unit apartment. Yang ni lawak….dalam tengah-tengah kalut aku membaca satu-satu arahan daripada host, boleh pulak si syaini ni tekan loceng-loceng yang dok ada tu secara random. Bila dah tekan menyahut la suara tuan punya unit tu. Lepas tu dia gelabah cuak terkedek-kedek berlari memanggil zam yang tengah berdiri mengadap church di hadapan apartment ni. Zam kata haaa dah salah tekan panggil aku suruh jadi penyelamat. Nasib baik laaa owner unit tu tak marah. Lia kata debab ko kalau tak buat masalah memang tak sah kan. Sampai sekarang aku tak boleh lupa muka syai tersengeh-sengeh kena warning dengan zam jangan nak buat macam-macam yek. Eh Syani kalau tak buat drama bukan dia le.

Berbalik kepada ‘klu’ yang host bagi tu, katanya kunci dia letak di tepi kanan bangunan church yang berada depan apartment ni. Dekat tepi bangunan church tu ada lightning rod & dia letak kunci dekat rod tersebut. Untuk dapatkan kunci tu kena masukkan coding yang dia bagi dan kunci berada di dalam bekas tersebut. Dah baca banyak kali dah arahan tu tapi still tak boleh terima di akal macamana dia boleh letak atas lightning rod pulak? Padahal kawasan tu kawasan awam orang lalu lalang, tak takut ke kena rembat. Ok lah…jom kita tengok lah sebelah church tu betul ke tak ada kunci tu. Aku terus ke tepi church dan cari rod. Memang ada rod dan memang ada bekas kunci yang di sebut-sebut tu. Tepuk dahi aku…wow….hebat nya tak hilang pulak natang ni letak macam ni je? Tekan-tekan code yang host bagi, terus terbukak bekas kunci tu & ada segenggam kunci dalam tu. The moment ko bukak je bekas kunci tu semua bersorak riang seperti baru je berjaya menyelesaikan teka teki treasure hunt. Gembira yakmat…….akhirnya berjaya menyelesaikan misteri mencari kunci BNB. Dan happy gila bila siksaan tahan kencing dah sampai ke penghujung.

kunci

Nilah rupanya bekas kunci yang ber code tu. Esoknya bekas ni dah di ambil semula oleh host. Ingatkan nak suruh kami letak balik kunci kat sini

brno bnb test

Sambil aku baca ‘klu’ yang host beri, 2 orang ni macam tak percaya yang kunci tu berada dekat tepi rod sebelah bangunan church tu. Pandangan syaini tu seolah-olah macam nak kena panjat sampai roof sebab aku kata bekas kunci tu dekat lightning rod. Lia pulak tengah measure berapa kg berat badan dia & speed yang dia boleh buat kalau nak panjat bangunan church tu

 

pintu bnb-2

Zam di hadapan pintu masuk utama BNB

bnb brno

Akhirnya….home suweet home. What a lovely house.

bnb brno 2

Dapur yang lengkap dengan semua amenities

Benda pertama yang kami buat….apa lagi keluarkan semua stok maggi yang ada. Masak maggi makan dengan serunding, garlic, lauk-pauk kering yang di bawa dari kl. Host juga ada sediakan susu, juice, kopi, tea, cereal & lain-lain bahan-bahan kering untuk kami masak. Zam selaku chef trip ni memeriksa bahan-bahan kering yang ada, malam nanti kami akan shopping groecery. Dekat BNB ni ada a few kedai asian & pasaraya tempatan. Boleh lah kami beli beras & telur. Masuk pulak pasaraya tempatan bahan-bahan mentah seprerti sayur-sayur sangat murah. Jadi menu chef malam ni spaghetti yek sebab chef tak tahan tengok betapa fresh nya tomato depa. Tapi oleh kerana lapar luarbiasa masing-masing yang bukan saja selera besar tatapi perut pun besar maka…chef jugak masak nasi & telur dadar jugak.

night in brno-2

Kawasan kejiranan bnb. Hanya berjalan kaki 5 minit sahaja daripada station bus Brno, BNB ni memang berada di tengah-tengah bandar. Di bawah BNB ni money changer. Aku memang follow youtube the honest guide, so dah tahu berapa range currency yang sepatutnya kami dapat untuk mengelakkan di tipu. Overall money changer di Brno boleh dipercayai

Lepas berehat ,makan, solat dan sebagainya kami ke kedai kopi yang berada a few meter je dari BNB ni. Salah satu kriteria BNB yang aku cari kena dekat dengan kedai kopi yek. Haha….acah je….dekat dengan kedai kopi adalah satu bonus. Depan kedai kopi ni ada kedai ice cream. Ok esok boleh try. Semua ni aku tengok dekat youtube honest guide. Dia yang rekemen. Jadi jom cuba semua kedai memandangkan harga kopi, dessert dan makanan di sini adalah murah berbanding kota-kota european yang lain.

pilat cafe

Pilat Cafe

cake pilat

Acah-acah posing pilih cake

 

rose pilaf

Sejenis kalau tak jahanam kan gambar orang memang tak sah

Walaupun di tengah-tengah bandar, kedai-kedai di sini tutop awal. Pukol 10 jalan dah lengang. Nasib baik la kedai kopi bukak sampai pukol 12 malam. Kalau lapar tengah-tengah malam ada mcdonald yang di buka 24 jam. Tapi kami terlebih kenyang malam ni. Lepas minum kopi, makan cake, jalan-jalan sikit sekitar bnb & balik rumah. Esok keluar pagi-pagi sebab nak pergi pasar tani yang ada di belakang BNB ni. Iye….trip mak-mak memang kena pergi pasar. Aku suka gile pergi pasar tempatan & mingle with local supplier , tengok apa orang local beli & apa orang local buat. Paling penting depan pasar tu ada cafe yek. Lepas pergi pasar kita minum kopi. Good night Brno. Tazabar nya nak mengopi esok.

 

2 thoughts on “Czech Republic Kota Senibina Yang Mengasyikkan – Day 1 (Brno)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s