Czech Republik Kota Senibina Yang Mengasyikkan – Day 2 (Brno)

Day 2 – 28 March 2019

Selesai sarapan leftover food malam tadi, kami ke pasar tani yang mana orang tempatan memanggil nye sebagai Zelny Trh (Vegetable market). Pasar ni terletak di belakang BNB kami. Seperti biasa trip free and easy ni takde specific tempat nak pergi. Yang penting ada tempat makan, minum, ambik gambar & beli cenderamata untuk diri sendiri. Dekat pasar tani ni memang dah aim nak beli rempah ratus untuk di bawa balik. Trip mak-mak memang cari benda-benda ni. Tak cari dah FM apa bagai. Aku prefer bahan-bahan kering ni sebab depa dah mixed all the herbs untuk kegunaan masakan. Sebagai contoh depa dah campoq herbs untuk buat aglio olio pasta. Chili flakes yang dah di campoq garlic & rosemary pon ada. Nak panggang ayam esok-esok senang tabuq p je la herbs ni. Selalunya kalau dekat KL bahan-bahan ni mahai sungguh la.

Selain dari herbs, buah-buahan dari kumpulan berries ni pun murah. Tapi yang ni kami buat makan kat situ je la. Dah jadi macam snacks pulak, makan berries macam kunyah popcorn sambil meninjau-ninjau bahan mentah yang lain. Habis berries, kami beli strawberry pulak. Zam borong herbs & sayur untuk masak malam ni. Pasar tani depa seperti biasa sangat bersih & kering terletak di atas parking lot di atas paver dikelilingi dengan restaurant & cafe.

brno market-2

Gila sat tengok herba-herba yang dah siap packing & dicampur dengan herba-herba yang lain.

us 2

Pokok-pokok bunga juga menarik perhatian kami

fruits market

lia 4

Ha… sapa suruh duduk depan ni. Aku nak ambikgambaq pasar. Dah kena blur

us in market-2

Dihadapan pasar tani. Kami sampai dulu dari peniaga

Selepas membeli belah kami menuju ke cafe momenta yang terletak di hadapan pasar ni. Cafe ni harus di cuba yek kalau singgah ke Brno. Selain daripada coffee & pelbagai selection dessert yang menyelerakan, dinding cafe ini menggunakan fixed glass jadi kita dapat menikmati dessert & coffee dengan tengok gelagat orang lalu lalang & orang membeli belah di pasar tadi. Interior cafe yang minimalist memberikan suasana santai & tenang bila berada di cafe ni. Eh….betuiiii….cheq tenang sebab susunatur kedai ni bukan sebab waiter dia yang helok tu. Eh…terhabaq pulak tarikan dia yang lain.

cafe momenta-2

Acah-acah tengok dessert

rose momenta

Minum kopi sat. Berapa kali take dah tu nak dapat gambar ni. Ingat yek…harus nampak kurus dalam setiap gambar

coffee momenta

Nampak tak buih kopi kat tepi-tepi tu. Menunjukkan lepas aku, hang pulak posing pegang cawan, lepas tu aku balik, lepas tu flatlay pulak. Ha….gigih la demi sekeping gambar di instagram

us momenta window

Untung sungguh ada photographer masa travel. Feeling-feeling macam Cik Ta

Next pit stop…..dah kenyang kan jadi buat masa la kita jalan je la ikut arah kaki. Untuk ke Spilberk Castle kami melalui Petrov Hill dan melepak di Denis Garden. Denis Garden yang terletak di atas Petrov Hill membolehkan kita menikmati view 360 darjah bandar Brno dan juga permandangan Spilberk Castle. Untuk ke Spilberk Castle pula kami perlulah mendaki sedikit membakar lelemak dessert tadi. Kalau ikut google map berjalan kaki dalam 20 minit je dari pasar tadi, tapi disebabkan 10 kali berhenti-henti, maka nya kami sampai Spilberk Castle tengahari. Cuaca sedikit gloomy dengan matahari kejap nak kejap tak nak keluar. Tapi bila petang matahari mula keluar dah tak malu dah kot. Marilah layan gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Vegetable Market ke Spilberk Castle.

us gedix-2

Bandar Brno yang kebanyakkan bangunan empat segi berwarna merah

us in centre brno-2

Kawasan melepak di Denis Garden

lia 6

View Petrov Cathedral daripada Spilberk Garden.

us 4

syaini-2

Spilberk Garden

us hills 2-2

Di Spilberk Garden ni juga terdapat viewing point yang membolehkan kita melihat keseluruhan bandar Brno

brno 3

Setelah melepak melepaskan mengah di atas Spilberk Garden ni, kami turun ke town semula. Tak masuk castle pun sebab kebanyakkan castle bukak pada bulan April ke atas. Masa turun ke town kejap je la sampai kan sampai sebab turun bukit. Perut mula lah lapar, kami menuju ke kawasan BNB kami. Di situ ada kedai pizza halal. lepas makan pizza rasa macam kenyang, tapi macam ada space lagi untuk sessi dessert. Kami menuju ke Mada ice cream yang terletak di kawasan yang sama. Interior dalam kedai ni cantik  jadi sangat sesuai lah untuk ambik gambar letak dalam insta. Lepas makan ice cream kami ke BNB untuk solat, berehat & masak dinner.

mada ice cream interior

mada ice cream

Selepas dinner kami keluar semula ke astronomical clock. Astronomical clock Brno ni adalah seperti monumen yang diperbuat daripada batu yang berwarna hitam. Mengikut the honest guide, pada pukol 11 am akan keluar glass ball daripada monumen tersebut. Tapi dalam tripadvisor kata pukol 11 pagi dan 11 malam. Kami pun dengan positif nya gigih menunggu dekat monumen tu mana la tau ada rezeki. Rasa sejuk & nak terkencing nya jangan cakap lah kan, aku dah masuk ke dalam mcdonald yang berdekatan beli kopi & duduk dalam ni panas sikit. Zam pun dah melilau di kawasan sekitar sambil hisap rokok tak sanggup nak tunggu dalam sejuk tu. Yang gigih nye debab kuasa dua tu lah yang setia menunggu. Tepat pukol 11 malam aku keluar daripada mcdonald dari jauh aku nampak dua orang ni berlari-lari di sekeliling monumen tu mencari glass ball sambil terkekek-kekek gelak. Katanya memang derang nampak di opening monument tersebut ada benda bercahaya keluar & bunyi seperti benda terjatuh. Tapi bila cari takde le pulak apa-apa yang jatuh daripada monument tersebut. Syaini kata mungkin ada masalah teknikal kot yang membuatkan glass ball tu tersekat di dalam. Tak puas hati lagi dua-dua orang ni, gigih la derang mencari di dalam gelap glass ball tu kot-kot la ada jatuh atas jalan. Tapi memang takde, aku rasa dia jatuh balik ke dalam monument tu tak sempat nak keluar. Tapi memang kelakar la…..dah macam teletubies sorang-sorang berlari-lari di sekeliling kawasan ni.

glass ball

Monument yang mengeluarkan glass ball. Aku takat setengah jam je mampu tunggu, 2 orang tu memang gigih

Malam ni malam terakhir di Brno. Esok pagi kami akan ke destinasi lain. Pagi esoknya sebelum bertolak kami akan singgah beli souvenir di kedai-kedai yang berdekatan BNB ni. Zam pulak repeat balik vegetable market untuk ambik beberapa gambar. Katanya tak puas semalam round market tu. Lepas tu sebagai menghargai jasa baik zam yang gigih jadi photographer kami, kami ambik sekeping gambar dia dekat tempat pilihan kami.

zam in brno-2

Kedai ni tak bukak lagi. Jadi tengok dari luar je la. Bagus model ni menjiwai watak

infront of bnb

Bye Brno. Sampai jumpa lagi kalau ada rezeki. Gambar ni di hadapan BNB kami. Di bawah tu laluan tram. Oleh kerana kami berjalan kaki je di sini, tak try pon naik tram dalam bandar ni.

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Czech Republik Kota Senibina Yang Mengasyikkan – Day 2 (Brno)

Leave a Reply to alieyaakashazman Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s