Czech Republic Kota Senibina Yang Mengasyikkan – Day 3 ( Cesky Krumlov)

Day 3 – 29 March 2019

Perjalanan dari Brno ke Cesky Krumlov dengan menaiki bus mengambil masa selama 5 jam. Tah kenapa jem pulak tengah-tengah jalan sebelum sampai ke Prague. Untuk ke Cesky dengan menaiki bus, kami kena tukar bus dekat Prague kemudian naik bus ke 2 terus ke Cesky. Kami beli tiket online dengan option paling murah iaitu dengan menggunakan service Flixbus. Price range dalam 7 – 9 euro. Dalam Flixbus ada toilet & seat dia standard seat bus express. Yang best nya ada wifi free dalam bus.

Semasa tukar bus di Prague kena tunggu di bus stop lain. Walaupun takde bus station, tapi dekat bus stop ada disediakan laluan & jadual bus. Kalau tak reti jugak nak baca, tanyalah rakyat-rakyat jelata yang sama-sama menunggu bus dekat situ. Derang sangat peramah & sedia membantu. View dari Brno ke Prague kebanyakkannya view pokok-pokok hutan. Kalau nak tido sepanjang perjalanan tu takpa, tapi bila dari Prague ke Cesky, jangan tido sebab view dia cantik. Kita akan dihidangkan dengan view green rolling hills sepanjang perjalanan kiri dan kanan serta rumah-rumah kecil daripada kayu macam cerita lama omputih masa kecik-kecik dulu. Cantik, klasik & mistik.


cesky bus

Flixbus

bus stop prague to cesky

Tukar bus stop di Prague

otw to cesky

Green rolling hills from Prague to Cesky Krumlov

Sampai di bus station Cesky Krumlov kena menapak sikit menaiki bukit untuk ke old village. Memang menyumpah jugak le kena panjat bukit dengan memikul bagpack, tapi lepas je sampai atas bukit tu rasa berbaloi sebab daripada bukit berdekatan bus station ni kita akan nampak kawasan kampung di tebing sungai yang sebijik macam set filem english lama. Bangunan disini adalah gabungan antara senibina Gothic, Renaissance dan Baroque dan cobble stone digunakan untuk laluan pejalan kaki. Memang lah makanan aku tempat-tempat macam ni.

cesky view from bus station

us cesky

lia cesky

Teknik jalan kaki ni macam teknik berjalan nak tahan kencing yek sebab kena menuruni bukit dengan melalui Cobble stone disamping memikul anak gajah

Demi untuk memenuhi impian nak duduk dalam rumah beratus-ratus tahun ala-ala creepy macam istana lama, aku booked airbnb yang rumah nya memang nampak creepy yakmat. Sebenarnya rumah tu taklah seram pun, cuma gaya hiasan dalaman dan perabut-perabut lama membuat kan ianya nampak seperti berada di zaman silam. Aku suka sangat dengan exposed beam yang diperbuat daripada kayu dan semestinya rumah ni ada ciri-ciri yang aku nak tu. Rumah ni terletak di tingkat 1 dan yang menariknya owner bnb ni adalah tuan punya kedai cenderamata. Untuk masuk ke bnb ni kami kena masuk ke kedai cenderamata ni kemudian di dalam kedai ni terdapat tangga untuk ke tingkat 1. Jadi kalau belah malam tuan rumah ni redho je lah guest dia keluar masuk kedai cenderamata walaupun kedai dah tutop. Dia pun bukan stay dekat kedai tu, jadi memang dia percaya habis lah  dekat semua guest dia.

in front of bnb

Landmark Bnb kami berhadapan Cafe Zapa

us bnb

Masuk ke bnb melalui pintu gerai cenderamata tu.

cesky bnb living room

Living room

bnb cesky

2 Single bed

cesky bnb room

Queen Bed

almari

Almari antik dalam ni dia simpan lebihan selimut & bantal. Aiseh baru nak feeling-feeling seram kot-kot la ada Edward Cullen dalam tu

Sampai je bnb terus masak maggi panas-panas makan dengan serunding. Rehat sekejap, lepas tu kami meninjau-ninjau keadaan sekitar bnb. Kami beli groceries di kedai asia yang terdapat di sini. Kat mana-mana pun kedai asia bersepah merata-rata ceruk tetap ada. Oleh kerana bnb ni old skool, maka peralatan dapur dia tak lah secanggih yang kami pernah guna di Brno. Tapi ok lah sebab semua peralatannya lengkap. Habis…dah nak sangat fefeling duduk rumah beratus tahun kan. Tapi tilam dia best gila. Baring-baring je terus tenggelam rasa malas nak bangun.

kedai

Sebelah kanan kedai comel ni adalah kedai groceries asia yang tak sengaja kami jumpa.

cesky night

Malam pertama di Cesky. Dibelakang tu adalah Cesky Krumlov Castle

Kalau ikutkan tips daripada blog yang aku baca, kalau nak bergambar di tempat femes Cesky Castle tu kena datang awai2 pagi, sebab bas-bas rombongan daripada tempat-tempat lain belum sampai lagi. Maka nya esok kami plan nak ke atas bukit Castle ni se awai 7 pagi. Gigih la kan memanjat bukit di pagi hari ditemani dengan kabus-kabus yang sejuk sampai ke tulang. Nasib baik la ada banyak lemak, harapnya akan terbakar & balik Mesia persis Nealofa la hendaknya.

us cesky river

Melayan perasaan di tepi Vltave river. Ralit tengok itik bermain-main dalam air. Ish tak sejuk plak dia

Ok…..kita sambung next day siri jelajah satu Cesky Krumlov dari pagi sampai ke malam serta review kedai makan yang kami cuba di sini dan juga macamana nak dapat cenderamata dengan harga yang murah. Bukan beli dengan host bnb yek. Tapi ada cara lain yang kami jumpa.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s