Czech Republic Kota Senibina Yang Mengasyikkan (Day 5 – Prague)

Day 5 – 31 March 2019

Sebelum check out kami akan ke satu kedai jual barang elektronik di luar kawasan old town ni. Bukan nak beli pekakas letrik, tapi nak cari charger phone lia. Zam & Syai bukan geng iphone. Aku nye charger?? Abam remy lupa kan masukkan dalam beg. Saja le tu nak sabotaj aku.

Kami naik teksi dari station bus sebab nak kejar masa. Kalau berjalan kaki 30 minit. Berpeluh jugak ketiak. Teksi kat sini stail dia kena panggil. Masa kami dekat bus station kebetulan teksi ni ada. Tapi masa nak balik kami kena call syarikat teksi. Jadi kami mintak orang dekat kedai eletronik tu call kan. Harga teksi pergi balik dalam 42 ringgit. Share 4 orang ok lah kan. Apa yang best nya dekat kedai elektronik tu ada mini shopping mall. Dalam tu ada satu kedai serbanika yang ala-ala pasaraya Hari-Hari yang jual barang-barang keperluan semasa termasuk baju. Baju budak murah sangat-sangat. Apa lagi t-shirt Khaleeda semua color aku borong. Corak sama kucing siap ada telinga kiri kanan semua color aku ambik. Selai dalam 6 ringgit je u olls, mana tak mak budak ni gile kejap. Eh tujuan asal nak beli charger je kan, end up keluar berbondot-bondot plastik kiri kanan. Satu lagi lingeries saiz besar murah gile. Yelah kalau kat mesia saiz european macam kita orang ni, double kot harga daripada saiz asian. Kat sini harga below 10 ringgit selai. Fancy-fancy oiiii corak dia. Kalau kat mesia yang lace tu confirm puluh-puluh ringgit selai, sini below 10 je. Memang aku borong la. Ni kang orang kata pergi europe beli spender je? Ha ah…..saiz international melambak-lambak & murah. Aku borong jugak untuk cik mah  sebab cutting yang dia nak tu main longgok-longgok je kat sini. Kalau kat mesia kena p section maternity baru ada & kena dengan cutting dia. Satu lagi barang-barang macam lipbalm, lotion pun murah-murah jugak. Eh bukan aku sorang je yang terbeli benda yang tak dijangka. Syaini pon sama beli wristband dekat kedai elektronik tu. Katanya murah. Maka sepanjang berjalan kaki mulai hari ni dia pakai wristband & measure berapa banyak dah calories burn.

syaini elektro shop

Ni lah rupanya kompleks membeli belah kami

Lepas dah insaf kena azan di telinga kami pun suruh orang kedai ni call teksi dan balik semula ke bnb dengan perasaan riang ria di aidilfitri. Baju hero-hero aku dah plan nak beli dekat prague. Butik new yorker tu ada sales. Jadi kita borong dulu baju budak pompuan. Kalau tak cukup duit nasib angpa lah hero oiii dapat selai sorang je la. Haha kejammmm.

Sampai bnb bersiap-siap & bergambar dengan host bnb kami. Next destination – Prague. Option paling murah untuk ke Prague adalah denan menaiki Flixbus. Aku dah beli online siap-siap.

us with host

Ni mak kepada host bnb kami. Muda sungguh mak dia dah nak sama baya dengan anak dia dah

Daripada Prague Florenc bus station ke bnb tak jauh sangat. Kami jalan kaki je dalam 5 minit. Rupanya ada je bus berhenti depan rumah, cuma nya bus tu tak masuk ke main bus station. Dia berhenti tepi jalan je. Masa balik nanti kami naik bus ke florenc metro sebab dijangka kilogram beg akan bertambah. Kawasan yang kami duduk ni area Petrska yang terletak di Prague 1. Public transport tram, metro, bus senang. Nak jalan kaki ke Astronomical clock pun boleh. Tak jauh mana. Tapi tiket tram / bus/ tram murah sangat. Kalau malas nak jalan turun naik public transport je la. Tiket di jual dekat mesin ataupun kedai-kedai di tepi tram station. Harga tiket murah & mampu milik. Tiket dijual berdasarkan masa. Kalau tempoh perjalanan 90 min – 32 kc, kalau 30 min – 24 kc, ada juga tiket yang di jual 24 jam iaitu lebih kurang 110 kc. Dah dapat tiket kena validate dulu sebelum naik metro. Kalau naik tram, dalam tram ada mesin validate. Kalau tak validate nanti kena denda dengan operator yang round dalam public transport ni.

praha bus station

Bus station

us praha day 1.3

Acah-acah tunjuk jadual tram sebab nak ambik gambaq

praha tram

klasiknya tram dia

praha metro wall

Wall dalam metro station

Host bnb kata rumah ni ada 72 anak tangga kena daki. Pandai noo dia tak kata 3 tingkat, sebabnya kalau 3 tingkat dah boleh bayangkan keletihan nak memanjat tangga. Jadi dia kata 72 anak tangga, sebab nya kalau sebut macam tu lambat skit boleh bayang tahap mana tingkat bangunan tu.

tangga bnb

bnb dining

Dining table depan main entrance

bnb praha bed

2 bilik yang similar each other

bnb kitchen

Dapur yang lengkap dengan semua appliances termasuk dish washer

Petang ni kami bercadang nak cari kedai bahan mentah halal. Area ni banyak kedai-kedai daging halal. Kedai groceries asian pun bersepah-sepah. Kami jumpa daun kesom dekat kedai asian ni. Jadi menu malam ni asam pedas ayam by chef zam. Senang je sebab kami jumpa ada jual paste cili yang dah siap letak asam jawa kat kedai ni. Dah masak punya la sedap paste tu. Nyesal tak beli banyak, kalau tak boleh bawak balik KL. Ayam kami beli lebih untuk masak malam esok pulak. Chef kata malam esok kita buat ayam penyet. Wah…..gemoks la balik dari europe. Hari-hari makan sedap. Untong nya la kan ada chef dalam trip kali ni.

us praha day 1.1

Jom shopping barang masak

asam pedas prague

Teloq dadar, asam pedas & ulam kacang botol. Kacang botol pon ada kat kedai asian. Jadi takde lah merindui makanan Mesia sangat.

praha sunset

Senja di Prague

Malam ni berehat awal untuk kumpul tenaga untuk berjalan esok. Sebenaq nya makan heavy malam ni jadi mata pun kuyu-kuyu je mintak tilam. Kita sambung berjalan esok satu hari. Esok puas hati sebab jumpa nasi campoq vegetarian kedai vietnam. Sedap sampai 2 hari kami ulang pergi kedai tu. Jumpa next story yek.

praha street

Typical cobble stone street

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s