Czech Republic Kota Senibina Yang Mengasyikkan (Day 6 – Prague)

Day 6 – 1 April 20119

Dekat Prague ni terdapat banyak sangat cafe-cafe yang cantik ala-ala hipster. Ada a few cafe yang aku nak try antara nya dekat area Vinohrady. Aku senaraikan beberapa cafe yang aku try sepanjang berada di Prague. Tapi dalam nak mencari cafe-cafe tu secara tak sengaja kami terjumpa kedai makan vegetarian masakan vietnam. Konsep kedai makan vietnam ni adalah ala-ala nasi campur ni kedai cina yang lauk dia banyak-banyak tu, tapi kat sini dia kira timbang. Banyak angpa ambik banyak la kena bayar. Overall harga memang mampu milik, lauk banyak pilihan, air teh cina free, maka 2 hari kami ulang pergi kedai ni untuk lunch.

vietnam cafe

Eh gembira tengok banyak makanan. Sushi pun ada

vegan cafe.jpg

lia vietnam cafe

Sebenaqnya nak ambik gambaq kedai vietnam tu, tapi dia sorang je dah habis sekerat signage tu kena cover

vinohrady praha

Vinohrady area. Ada satu lagi gambar yang kami berdiri tengah-tengah jalan ni, tapi bila kami masuk dalam gambaq tu, jadi tak cantik pulak street ni. Kuang asam punya camera

Kedai vietnam ni area Vinohrady. Angpa google le tram no brapa apa nak kena naik ke sini. Tapi senang je, dari old town naik satu tram je. Cost makan kami dalam 25 ringgit sorang. Murah la tu kan. Segala semua jenis lauk aku ambik termasuk sushi. Sebelum ke kedai makan ni kami try cafe yang berada dekat area yang sama iaitu Monolok Cafe.

monolok cafe

Aku ambik satu dessert satu kopi, harga nya lebih kurang 22 ringgit. Lebih kurang harga dessert kat KL. Lepas tu esokknya kami try satu lagi cafe dekat area yang sama. Deco cafe ni unik sebab dia lukis sendiri wall & ceiling dengan lukisan-lukisan bunga. Nak makan & minum pun kena booked. Kami walk in saja, jadi dia bagi kami duduk dekat bar sementara menunggu meja yang lain kosong. Kebanyakkan nya booked untuk dinner, jadi ada la slot untuk kami yang just nak minum petang makan cake je. Kami try cake & appetizer brushetta yang toppingnya creme & salmon. Tujuan utama pun sebenarnya nak ambik gambar cafe & minum kopi. Takde lah nak makan sangat pun sebab nya untuk dinner chef zam dah plan nak masak ayam sambal hijau. Balance ayam mentah yang kami beli semalam ada lagi.

us cafe interior

Spizirna Cafe

us cafe praha

Acah-acah candid depan cafe

us floral cafe

us floral cafe 2Aku jugak try sejenis makanan yang aku panggil roti nan tapi dia letak topping kat atas tomato sauce & cheese. Sedap jugak bila makan panas-panas. Nan ala-ala czech ni kami jumpa dekat gerai-gerai tepi station tram. Dia buat fresh depan kami & goreng yek tepung tu. Sejuk-sejuk memang layang makan ‘nan’ ni panas-panas.

us nan

Sampai pejam-pejam mata lia punya la sedap

depan kedai nan

Depan gerai

Lepas makan kami tapau roti & air di supermarket untuk ke Vysehrad Park, sebuah public park yang terletak di atas bukit di tepi sungai Vltava. Dari atas bukit ni kita akan nampak view bandar Prague yang stunning. Kalau musim autumn sure lagi cantik park ni. Masa kami sampai pokok baru nak mengeluarkan bunga, tapi kedudukannya yang berada atas bukit memang boleh buat angpa rasa nak terkencing 24 jam bila angin bertiup. Kami naik tram ke sini, tapi perlu mendaki sikit untuk sampai ke atas park ni. Tu pun berhenti banyak kali le kan mencungap sebab perut masing-masing dah kenyang makan tak hingat dunia tadi.

main enterance park

Entrance to park

syai park.jpg

syai praha spring

spring in prague

prague 2.jpglia syai.jpg

prague

Spring mula tiba di Prague

us cathederal

gothic cath

Neo Gothic church known as St Peter and St Paul Basilica

Tak tahan nak hadap angin yang kuat kat atas bukit ni, kami bergegas turun mencari toilet sebab toilet kat atas ni tak boleh guna. Nasib baik turun-turun je dari bukit ni ada satu cafe yang aku research sebelum ni. Perut kenyang lagi dengan kopi, tapi sebab nak kencing nya pasal sorang-sorang, takkan nak tumpang kencing je kan, maka order lah 2 kopi. Not bad jugak latte & cappuccino dia. Kedai dia comel je, kecik, tapi di belakang kedai ada kawasan outdoor yang dia letak meja & kerusi. Sesuai untuk yang nak smooking.

kavarna cafe

Kavarna Cekarna Cafe. Kembung dah arini dengan kopi

Dah penat satu hari berjalan, satu hari makan & minum kopi yang sedap, kami balik ke bnb untuk masak dinner. Zam, syai & lia yang masak. Aku tidoq hahahaha. Letih la…..esok je la aku basuh pinggan. Tu pun basuh masuk dishwasher. Eh dah ada, kita guna la kan. Selalunya sebelum keluar dari umah aku akan masukkan semua pinggan-pinggan yang derang dah basuh malam tadi ke dalam dishwasher untuk cucian yang lebih bersih & berseri. Balik dari berjalan pinggan semua dah kering, so tak perlu nak lap-lap lagi dah boleh simpan terus dalam almari. Iye….host punya review kat profile aku semua kata rumah ditinggalkan dengan kemas, bersih, sampah dibuang ke dalam tong sampah dekat rumah sampah dan teratur. Gitew….kembang sat hidung.

Esok kami akan ke luar bandar iaitu satu kawasan kampung yang terletak di lebih kurang 40km daripada Prague. Apa yang ada di sini? Tunggu next story yang aku rasa tahun depa kot baru siap. Ni pun rajin sebab baru selesai trip dengan Mr Pappi. Kang Mr Pappi tanya mana cite trip dia? Jadi sebelum nak start cerita trip dia, kenalah habiskan cerita trip ni dulu. Ok wish me luck ye nak kasi habis trip ni

prague 4

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s