Czech Republic Kota Senibina Yang Mengasyikkan (Day 7 – Karlstejn)

Day 7 – 2 April 2019

Karlstejn terletak lebih kurang 40 km daripada bandar Prague, nama Karlstejn diambil sempena dengan Karstejn Castle yang terkenal dengan senibina gothic yang juga dikelilingi dengan kampung-kampung yang comel. Daripada Prague kami menaiki train luar bandar dengan harga 69 czk. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah.

prague station

Praha Smichov Station

train ticket

Daripada station Karstejn kami berjalan kaki menuju ke arah castle yang terletak di dalam kawsan perkampungan. Oleh kerana early April castle masih lagi belum dibuka sepenuhnya, aku bercadang untuk bersiar-siar di dalam kawasan kampung. Aku terbaca satu blog yterdapat satu kawasan lapang ala-ala padang bola yang luas yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat photoshoot dengan berlatarbelakangkan Karlstejn Castle. Kalau ikut kan google map jalan kaki dari station lebih kurang 20 minit je. Tapi biasalah kan google map ni measured guna langkah orang puteh. Orang melayu katik macam kami ni ambik masa lebih dari tu lah kan sebabnya berhenti-henti ambik gambar, berhenti rehat tepi pagar umah orang pun jadi ambik gambar. Ingatkan jalan mendatar sekali kena mendaki yek. Iye dalam google map kata berbukit-bukit, ingatkan dekat je sebab dia kata 20 minit.

Karlstejn station

karlstejn street

signboard

acah-acah hiking

Mula mendaki

spring.jpg

 

mengah

Mengah ke tuuuu

hujung kg

Rumah Paling hujung

rest

Rest kejap walapun mendaki nya tak seberapa

Mula-mula tu ingatkan salah jalan sebab daripada kawasan kampung naik ke atas bukit lepas tu takde rumah-rumah dah. Yang ada hanya hutan-hutan kecil, pokok-pokok yang berusia beratus-ratus tahun dah rasa macam dalam filem the cave of the golden rose. Si Zam pulak dah standby dengan dahan kayu yang jatuh di tangan sepanjang mendaki bukit. Aku tak tanya untuk apa dahan tu tapi agak dah ni mesti ada apa-apa dalam mind dia yang dia tak nak habaq. Sampai ke penghujung kampung aku rasa la ni paling hujung sebab ada sebijik rumah dia pagaq tutup jalan. Depan rumah tu ada signboard dalam bahasa Czech. Tepi rumah tu ada lorong kecil yang kami rasa kita kena lalu jalan ni sebab jalan ni je yang ada. Guna google translate daripada apa yang dia tulis dekat signboard tu, jalan ni menuju ke castle. Ok lega kami di jalan yang benar. Tak lama lepas tu kami terserempak dengan 2 orang perempuan yang juga macam kami jugak le kot mencari port untuk ambik gambar. Rupanya derang baru saja lepas ambik gambar di tempat yang kami nak pergi. Jadi bertambah yakin lah yang jalan kami ni menuju ke puncak kejayaan. Gitew gembira nya, tapi masih lagi curiga dalam hati, sebab hutan-hutan macam ni selalunya macam ada beruang aka bon bon. Ayoooo ada beruang ke pun kawasan ni. Patot lah Zam standby kayu kat tangan, walaupun aku rasa beruang tu akan gelak guling-guling kalau nampak kayu cecoet tu je.

Tapi kan bila sampai dekat kawasan padang tu, terus lupa pasal beruang. Rasa macam magical sangat tempat ni bila lepas ko daki, ko sampai satu kawasan yang lapang menghijau dan dari situ terbentang satu view castle di depan mata. Hari tu pulak cuma kami ber 4 sahaja yang ada. Satu padang tu kami yang punya. Maka berejam-jam lah masa kami dihabiskan di padang ni. Bukan senang nak sampai ooooii kena mendaki masuk hutan risiko jumpa beruang apa bagai.

castle 2

View Castle inilah yang di cari-cari

rose

Sis posing sat naaa

lia_

Iye…ni kodak ke 40 keping rasanya

lia ultraman

Eh dah blog aku…suka ati lah kan nak upload gambaq membahan

syai-zam

Yang ni paling siksaaaa. Kejap kang syai kata eh napa rambut abang macam ni, kang zam kata syai boleh tak jangan senyum nampak gusi, lepas tu syai kata laaa nak senyum macamana tak tau la…..syai boleh tak releks je badan tu. Last-last aku dengan lia duduk bawah bangsal comel tadi sambil upload gambar terkini di sosial media. Angpa laki bini buat lah apa yang patut demi keharmonian rumahtangga bersama.

gedix

Posing gedix kami bila tengok laki bini tu tak settle-settle lagi struggle posing

zam rambut

Teknik libasan rambut zam selepas syai komen stail rambut dia

zam 3

Mula-mula dia lepaskan rambut dia

zam 2

Lepas tu dia ikat rambut dia betul-betul kan scarf

3 of us

Lepas tu kami rasa macam nak pitam

Berlakon je tu macam nak pitam. Yang sebenaqnya siap buat video klip lagi kat situ punya la free & easy itinerary travel trip ni. Lepas rasa agak-agak nak muntah ambik gambaq selfie, kami berjalan menurun bukit ke arah kampung. Kali ni ikut jalan lain yang terus ke arah kampung. Sampai di kawasan kampung terdapat banyak gerai-gerai menjual souvenir, cafe, restaurant, kedai kopi & dessert. Minum kopi & makan dessert dulu sambil-sambil menjamu mata tengok pelancong yang keluar masuk kamoung ni. Tapi sebenarnya tak ramai pelancong yang kami jumpa, agaknya off season lagi kot, sebab castle pun belum dibuka lagi pada masa masa ni.

us 3

Kampung kecil Karlstejn

us 3 village

lia beli gift

Dia beli bawak balik untuk somi tercinta. Balik bnb nanti baru kita pikirkan nak letak macamana dalam beg nanti takmo pecah

syai . lia

Senget

kuda

Kalau taknak berjalan kaki, boleh jugak naik kete kuda bersiar-siar di dalam kampung ni

Seharian di kampung ni, kami pulang semula ke Prague dengan menaiki train yang sama. Dalam train tido, bangun dari tido rasa lapaq. Jadi kami bercadang nak makan dekat kedai vietnam buffet semalam. Situ boleh makan puas-puas sebab ada macam-macam lauk. Lepas makan sambung balik round-round sekitar prague & juga shopping di New Yorker yang kualiti baju dan harga dia ala-ala primark. Jom layan gambar-gambar sekitar Prague & juga kemarin kami pergi jugak ke NH Hotel yang ada kabel car di dalam hotel. Actually cable car ni cater untuk penginap hotel yang nak ke bilik di atas bukit. Tapi orang awam juga boleh guna. Kami naik ke atas NH Hotel, ambik gambar sikit-sikit & tumpang solat kat situ. Nak order minum-minum kopi kat atas ni pun boleh. Masa kami sampai restaurant belum beroperasi lagi. Awai sangat kot mungkin bukak waktu malam.

nh hotel

Cable car di dalam hotel ni

dancing house

Dancing house & not so dancing queen

us charles bridge

Baru ada selfie ber 4

us astronomical

rose 1lia 2prague square

prague night

Praha waktu malam di hadapan butik new yorker

Maka malam ni busy lah kami mengemas beg-beg semula untuk ke destinasi lain esoknya yang akan melintasi beberapa negara. Ada saja isu kalau travel kan…..yang mana nasib baik lah tak kena tinggal flight padahal kami sampai punya la awai dekat airport. Tunggu next story yek. Terima kasih Czech Republic untuk satu kenangan yang manis sepanjang tempoh kita bersama. Jumpa lagi lah bila-bila yang tak pasti, tapi yang pasti kalau duit berkepuk-kepuk bawah katil tak tau nak buat apa, sampai la lagi kami ke sini.

 

rose 1.1

 

2 thoughts on “Czech Republic Kota Senibina Yang Mengasyikkan (Day 7 – Karlstejn)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s